Hadith

Monday, December 29, 2008

Beautiful things?

A good lyric of a song, I think.
Try to go in deep of the lyric.

=)

Got up early, found something's missing
my only name.
No one else sees but I got stuck,
and soon forever came.
Stopped pushing on for just a second, then nothing's changed.
Who am I this time, where's my name?
I guess it crept away.

No one's calling for me at the door.
And unpredictable won't bother anymore.
And silently gets harder to ignore.
Look straight ahead, there's nothing left to see.
What's done is done, this life has got it's hold on me.
Just let it go, what now can never be.

I forgot that I might see,
So many beautful things.
I forgot that I might need,
to find out what life could bring.

Take this happy ending away, it's all the same.
God won't waste this simplicity on possibility.
Get me up, wake me up, dreams are filling
this trace of blame.
Frozen still I thought I could stop,
now who's gonna wait.

No one's calling for me at the door.
and unpredictable won't bother anymore.
and silently gets harder to ignore.
look straight ahead, there's nothing left to see.
what's done is done, this life has got it's hold on me.
just let it go, what now can never be.

Now what do I do?
can I change my mind?
did I think things through?

Perang di Gaza

http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/7802292.stm


Salam alaik..

Maaf sahabat - sahabat sekalian...

video dari youtube tentang Gaza sudah dipadam oleh pemilik asalnya.

Harap maaf...

Tapi.

Cuba anda buka link yang saya bagi di atas..

Berita dari bbc.

Sekian.

Saturday, December 27, 2008

Blog Sarat Penghinaan terhadap Nabi Muhammad

Sumber:
Surat khabar Utusan Melayu online, Malaysia.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm



KUALA LUMPUR 26 Dis. - Sebuah laman blog dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Blog tersebut turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu. Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat oleh pihak lain.

Soalnya, siapakah sebenarnya di sebalik blog tersebut. Apa yang pasti nombor telefon yang tertera pada laman blog itu, yang kononnya milik penulis blog terbabit, ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia mendapati ia merujuk kepada nombor telefon sebuah pejabat berdasarkan respon rakaman mesin jawapan.

Berdasarkan blog terbabit lagi, kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.

Justeru ia sarat dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan ditujukan kepada Rasulullah. Segala penghinaan itu pula disertakan dengan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan mempersenda serta lukisan-lukisan yang memburukkan Nabi Muhammad termasuklah yang pernah disiarkan oleh akhbar Eropah yang telah dikecam hebat oleh umat Islam di seluruh dunia.

Sementara itu ada pembaca menghubungi pejabat Utusan Malaysia malam ini yang mahukan pihak berkuasa bertindak segera terhadap blog tersebut.

Friday, December 26, 2008

Kenangan musim sejuk di Glasgow 2008


Gambar 1:
Salah satu sudut pandang dalam Istana Lama yang dijadikan hostel, Youth Hostel di Loch Lomond.







Gambar 2:
Penulis di Lapwing Camping Site.






Gambar 3:
Penulis di Celtic Stadium, saat sebelum bertolak pulang ke Surrey; 1230 malam.





Gambar 4:
Di Aviemore Hill, main ski selepas menjalani ceramah dan program ilmiah selama 3 hari.




Gambar 5:
Jemaah solat di atas bukit Aviemore, digenangi kesejukan paras beku. Dikelilingi ais tapi tak gentar untuk bertemu Maha Agung.



Gambar 6:
Penulis bersama MAZA,seorang mantan Mufti di sebuah negeri, yang kontroversi, tapi, kita dengarkan juga walau sekontradis manapun beliau. Kita positif.



Gambar 7:
Penulis bersama Ustaz Maszlee. Seorang pelajar PhD di Durham University, juga seorang penceramah bebas.





Gambar 8:
Berlatarkan kapal "Astina". Di Loch Lomond Cruise.







Gambar 9:
Penulis, di atas salah sebuah kapal siar.






Gambar 10:
Penulis bersama Atiq, pelajar terbaik Malaysia, beberapa tahun yang lepas.





Gambar 11:
Ismael Patel, seorang yang giat dalam membicarakan tentang Palestin, dan juga nilai Islam dan Barat.






Gambar 12:
Di tebing tasik.







Gambar 13:
Penulis di gerbang masuk Lapwing Camping Site.

Krismas di Guildford.

Krismas.
Sambutannya di tanahair dan di Guildford.
Agak menghairankan.
Keretapi disini Guildford, amnya, tidak berjalan.
Erti kata.
Semua jalan lengang.
Kedai tutup.
Agak membosankan.
Dulu ku ingat,
pastilah sambutan Krismas sini, hebat kencang.
Tapi sebaliknya.
Sunyi.
Seperti pekan tiada penghuni.
Bayangkan.
Ini petang, pukul 4.
Rashid dan ku berjalan-jalan ambil angin ke pekan.
Ia lengang.
Seperti lipas lalu pasti terdengar derapannya.
Inilah bezanya.
Kalau.
Kita Islam, sambutannya Eid fitr dan Eid Mubarak.
Pasti kencang.
Pasti gembira.
Pasti hangat membara.
Sanak saudara kunjung tiba.
Anak-anak muda berbasikal ke rumah jiran.
Makan dan uang raya.
Yang pasti.
Krismas seperti tidak ternilai.
Bezanya kita dan agama lain.
Maka.
Gunalah sebaik mungkin peluang kita dimana-mana kita berada.
Sentiasa muhasabah diri.
Tanyakan diri.
Apakah nilai sesuatu benda itu kepada kita?
Jangan taklid membabi-buta.
Carilah dalil akan sesuatu benda itu.
Erti lain.
Krismas di Guildford membosankan.
Bertepatan kita perlu hindari dari menyambut bersama.
Hari Krismas itu.

Setelah pulang dari Glasgow.

Salam alaik.

Bertemu lagi kita di medan karyaku ini.
Nah, setelah berehat selama sehari
di bumi Surrey, ku giat ingin
menceritakan kisah pengalamanku
di Glasgow.

Setelah usai lima hari di Glasgow,
inilah, jus - jus yang dapat ku
kemukan untuk tatapan bersama.


Hari pertama: Sabtu, 20 Disember 08


Setelah penat perjalanan 13 jam,
kami ketumbukan 15 orang selamat tiba
di Lapwing.
Sebuah kem pengakap.
Sampai kira-kira 11 pagi.
Masih kosong.
AJK masih belum tiba sepenuhnya.
Semua masih lagi dalam perjalanan.
Kami antara terawal tiba.
Bersyukur~
Hingga pukul 1, masih belum ada pendaftaran dibuka.
Sabar menunggu.
Ada jua yang gelisah.
Sabar lagi.
Ku mulai berjabat tangan dengan saudara-saudaraku
yang baru.
Belum pernah jumpa.
Kuntuman pengenalan terjalin.
Seorang demi seorang ku jabati.
Shahmi, Aiman, Apeng, Epol, nah...
Terlalu ramai.
Kukira, tak semua dapat ku ingat.
Singkat memoriku sekarang.
Jam 2, pendaftaran bermula.
Kami solat berjemaah,jamak.
Perut terasa keroncongan,
hanya terisi air manis
dan secebis sandwich.
Sabar.

Dimulai perkhemahan ini dengan ceramah,
Ustaz Erfino dari London, MSD.
Tajuk: Pengenalan Pembukaan Majlis PMS.
Agak mengantuk.
Disulami dengan siulan angin sejuk.
Pemanas terasa sejuk.
Bait demi bait, mata kuyup.
Hilang tumpuan.
Ditambah pula dengan posisiku dibarisan belakang,
merosakkan tumpuanku.

Usai ceramah.
Rais, pembantu Kem Komandan beri arahan.
Masuk bilik tidur dan kenali kumpulan.
Agak kekok.
Ku tak kira, hanya terlintas mau bersaudara
cari kenalan baru.

Masuk bilik.
Kemas barang.
Saat ini pukul 7.
Program seterusnya pada jam 9.
Sudah makan.
Alhamdulillah kenyang.

Ceramah malam itu,
oleh Ustaz MAZA,
Mohd Asri Zainal Abidin.
Tajuk: Awakening of the Soul.
Beliau adalah mantan Mufti Perlis.
Seorang yang agak kontradik dengan grup mufti lain.
Tak mengapa.
Kita neutral,
dengar semua.

Ceramah yang agak tinggi nilainya.
Semua bersuara.
Tapi sebelum ceramah itu.
Kami solat Jamak.
Suatu ujian kepadaku.
Ada hamba Allah tertukar kasut denganku.
Ku agak radang.
Tak pernah hilang kasut agak lama.
Marah.
Emosi.
Astaghfirullah.
Sabar~

Masa ceramah ust MAZA.
Tak dapat fokus sepenuhnya.
Terfikir kasut.
Arghh.
Ku ingat kalimah La ila haila Allah.
Tenang sedikit.
Ini kali pertama ku dengar ceramah beliau.
Agak kekok.
Kerna, beliau fahamannya sedikir berbeza.
Tak mengapa.
Kita neutral,
dengar semua.

Selesai ceramah.
Aktiviti Latihan dlm kumpulan (LDK).

Diketuai Faizul (UCD).

Ahli kumpulan:

Zulhilmi (UNIS)
Alif (UNIS)
Shahmi (UCD)
Wildan (UCD)
Najib (Warwick)
Nizam (Nott)
Khairul @ Apeng (So'ton)

Tajuk: Who do you think you are?

LDK ini membicarakan tentang
Hakikat Manusia.
Ada lima ciri yang dibincangkan.
Agak mengantuk.
Tercicir kertas yang ku tulis info tentang
perbincangan kami.
Oh, ruginya~

Hari Kedua: Ahad, 21 Disember 08


Dikejutkan seawal 530 pagi.
Oh tuhan.
Sejuk sangat pagi nie.
Walaupun diselimuti dengan tebaran selimut tebal masih
Terasa sejuk.
Kepala agak berdenyut.
Nak mandi??
Tak mungkin.
Terlalu sejuk.
Hari ini, tak dapat jemaah subuh.
Solat jemaah dibilik.
Tak sempat nak ikuti kumpulan ramai.
630 pagi, kuliah Subuh bermula.
Tajuk: Salman Al - Farisi.
Agak memberangsangkan kuliah itu.
Terasa otak ligat mengingati kisah
Salman Al - Farisi itu.
Seronok.
Tanpa disedari, masa berlalu pantas.
Jam sudah pukul 850.
Lapar.
Nah, kami dijamu dengan roti cicahan kuah kurma.
Sedap sebab lapar.
Terus berjabat tangan dengan kenalan baru.
Kenalan yang sudah kenal, terus dirapati.
Terasa ukhuwwah terjalin.
Ku kira, majlis ini membantu.
Membantu ku kenali sahabat2 dari Universitas lain.
Malahan ada jua yang datang dari Republik Czech, Poland dll.
Habis sarapan.
Terasa mengantuk.
Rupa-rupanya.
Tertidur dalam bilik selepas sarapan.
Allah~
Sampai pukul 1130 pagi, ku tidur.

Program untuk hari ini,
diteruskan dengan LDK 2.
Tajuk: Islam in the Future
Membicarakan tentang Islam di masa
hadapan.
Ahli kumpulan fasih beri idea.
Ada yang cakap.
Nanti, Islam akan kembang pesat.
Ada juga cakap, Islam terus mundur.
Tapi apa erti sebenarnya?
Yang sebenarnya.
Islam itu adalah atas kita.
Kita yang perlu nilaikan bagaimana
corak Islam yang perlu kita bawa dan jaga.

Berehat seketika di tengahari.
Makan tengahari.
Sedap.
Selepas makan, solat jamak berjemaah.
Usai solat.
Program diteruskan dengan permainan Obstacle course.
Tapi tergendala.
Angin kencang.
Tukar program.
Aktiviti kembara kawasan.
Kami bergerak dalam kumpulan.
Melihat keindahan alam Lapwing.
Cantik pemandangannya.


Makan petang.
Sedap.
Malam itu.
Ceramah oleh
Ustaz Ismael Patel.
Tajuk: Islam and the West
Topik panas.
Islam dan barat.
Masing - masing semua pasang telinga.
Sesi soal jawab tak putus kunjung tiba.
Terasa ceramah yang benar - benar membuka minda.
Ustaz merupakan seorang yang banyak membuat perbincangan
terbuka tentang Palestin dan Islam dan barat.
Ada kenalan bertanya kepada beliau.
Bagaimana Islam dapat berkembang semula.
Ustaz cakap.
Kenali dirimu dahulu.
Benar.
Jihad dimedan perang sebagai mujahid bagus.
Tapi dalam keadaan kita sebagai pelajar.
Gunakan masa belajar sebagai medan jihad kita.
Jadikan kenalan-kenalan bukan Islam sebagai sahabat.
Kenali mereka.
Dulu, Islam jatuh,kerana,
Mereka, barat, mempelajari dan mengenali kita sebaik mungkin.
Itu sebab kita jatuh tersungkur.
Maka jalan untuk naik semula.
Kita sebagai ummah Islam, perlu
kenali pelajari mereka semula.
Tunjukkan akhlak baik.
Itu kata beliau.

LDK 3. Permainan dalam kumpulan.
Tajuk: The message.
Begini cara mainnya.
Ada aktiviti yang perlu dihabiskan
disamping kena mengingati sepotong ayat Quran.
"Infiru khifafan wathiqalan wajahidu biamwalikum
waanfusikum fi sabilillah. Zalikum khairul lakum
inkhuntum taa'lamun"...
Tujuan sebenar permainan itu,
setiap orang perlu fokus.
Antara mengingati ayat Quran @ pilih aktiviti permainan itu.
Apa yang cuba disampaikan adalah.
Pemilihan kita.
Sama ada kita cuba mencari dunia @ akhirat.
Mana - mana yang kita cari, perlulah fokus.
Seeloknya, carilah akhirat disulami dunia.

Hari Ketiga: Isnin, 21 Disember 08


Masih dikejutkan seawal 6 pagi.
Tapi tidur nyenyak.
Sudah acap dengan cuaca sejuk.
Pakai baju tebal utk tidur.
Tak mandi 3 hari dah.
Terlalu sejuk untuk mandi.
Selesai solat subuh.
Dengar kuliah Subuh.
Tajuk: Ashabul Kahfi.
Agak mengantuk.
Tertidur. Hilang tumpuan.
Selesai kuliah subuh kira-kira 830 pagi.
Ada permainan baru.
American Civil War.
Ala-ala perang terbuka zaman dulu-dulu.
Satu kumpulan serang.
Satu kumpulan tunggu.
Apa yang boleh didapati dari permainan ini?
Ia mengajar kita supaya bergerak dalam barisan.
Jangan luntur.
Jangan mengalah.
Kuatkan barisan.
Rancang strategik yang tepat.
Jangan tergesa-gesa.
Permainan usai selewat jam 1030.
Kemas bilik.
Bertolak ke Loch Lomond.
Makan masa satu jam lebih untuk sampai
di Loch Lomond cruise.
Menghayati keindahan alam di atas cruise of Astina.
Terlihat istana-istana lama.
Kapal perang.
Nilai estetika bermutu.
Disamping mengenali lebih mendalam erti persahabatan.
Selesai perjalanan mengenali alam.
Berjalan kaki ke Youth Hostel.
Sebuah istana tinggalan yang dijadikan hostel.
Agak besar dan menakutkan.
Tapi cantik.
Ku diberi bilik diaras 3.
Aras tertinggi.
Mandi.
Setelah 3 hari dilamun kesejukan hatta menyebabkan tidak mandi.
Ada ceramah oleh Ustaz Maszlee.
Tajuk: Super Power Student.
Ceramah disamping perbincangan panas.
Semua kenalan-kenalan mengambil bahagian.
Terasa seperti hidupnya musyawarah dan majlis ilmu itu.
Tidak mandom.
Diakhiri dengan LDK penutup.
Saudara Faizul pinta kami isi borang "feedback".

Hari Keempat: Selasa, 23 Disember 08


Bangun seawal 6 pagi.
Bersiap-siap.
Solat subuh jemaah.
Agak panjang solat subuhnya.
Tunggu bas datang untuk ke Aviemore.
Tempat dimana permainan ski berlangsung.
Sampai selewat 1045 pagi di pusat ambilan pakaian ski.
Sampai di Aviemore Hill pada pukul 1250.
Tunggu kereta kabel untuk ke puncak bukit.
Sampai.
Diterangkan dengan teknik-teknik yang betul.
Agak susah sebenarnya.
Perlukan imbangan badan yang betul.
Kalau tak.
Pasti tersungkur.
Ditambah dengan ais yang mencair pada permulaan.
Pukul 130.
Hari semakin gelap.
Angin semakin kencang.
Cuaca semakin sejuk.
Dilitupi dengan kabus-kabus putih.
Berjaya menunaikan solat jamak zohor asar di atas ais.
Gembira bukan kepalang hatiku.
Dapat merasai keindahan ciptaan Allah ini.
Kaki sakit.
Kasut ski menekan betisku.
Pedih.
Ais semakin mengeras.
Semakin licin.
Tak berani untuk terus mencuba.
Kerna dulu.
Ku pernah jatuh terseliuh.
Terasa fobia.
Beberapa kali jatuh menyebabkanku
hilang minat untuk meneruskan ski.
Pukul 3 petang.
Berhenti.
Bertolak turun ke bawah bukit.
Tepat jam 4 petang.
Bas bergerak pulang.
Sampai ke UKIM, 730 malam.
Berhenti solat jamak di UKIM.
Tunggu makanan, rupa-rupanya.
Nasi berlaukkan telur kurma.
Sedap.
Lapar.
Kami pergi berjalan-jalan sementara menunggu
rakan mengambil kenderaan di Youth Hostel.
Sempat beli Itik golek, nasi goreng.
Sedap.
Simpan untuk perjalanan pulang.
Bertolak pulang dari UKIM ke Surrey pada pukul 1200 tengah pagi.
Mengantuk.
Yusof dan Fikri pandu pulang.
Sampai di Surrey pukul 715 pagi.
Gembira hati tiba di bumi sendiri.
Alhamdulillah.
Syukur.

Surah Al - Hadid (verse 12 to 16)



~English Translation~


On the Day you shall see
the believing men and
believing women...

Their light running
forward before them
and by their right hands...

Glad tidings for you
this Day!

Gardens under which
rivers flow to live
therein forever!

Truly,
this is the great success

(12)

On the Day when the hypocrites
- men and women will say to
the believers:

"Wait for us!
Let us get something from your light!"

It will be said:
"Go back to your rear!
Then seek a light"

So a wall will be put up between them,
with a gate therein...

Inside it will be mercy and
outside it will be torment...

(13)

The hypocrites will call the believers:
"Were we not with you?"

The believers will reply:
"Yes! But you led yourselves into
temptations".

"You looked forward to your destruction,
you doubted in faith".

"And you were deceived by false desires
till the command of Allah came to pass".

"And the chief deceiver(Satan) deceived you
in respect of Allah".

(14)

So this Day no ransom shall be taken from you
(hypocrites),
nor those who disbelieved.

Your abode is
the Fire...

This is your friend,
and worst indeed is that destination.

(15)

Has not the time come for those
believe to be affected by
Allah's Reminder (this Quran)...

and that which has
been revealed of the truth...

Lest they become as those who received
the Scripture before
(Jews & Christians)

So the term was prolonged
for them and so their hearts
were hardened?

And many of them were
disobedient (to Allah)...


~Terjemahan dlm Bahasa Melayu~



(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat):
Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,

cahaya (iman dan amal soleh) mereka
bergerak cepat di hadapan mereka dan
di sebelah kanan mereka
(semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka):

Berita yang menggembirakan kamu pada hari ini,
(kamu akan beroleh)
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
kekal kamu di dalamnya;

yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.

(12)

(Ingatlah) semasa orang-orang munafik,
lelaki dan perempuan
(yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat),
berkata kepada orang-orang yang beriman:
Tunggulah kami,

biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu.
(Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek):
Baliklah kamu ke belakang,
kemudian carilah cahaya (di sana),

serta diadakanlah di antara mereka
(yang beriman dan yang munafik itu)
sebuah tembok yang mempunyai pintu,

di sebelah dalamnya mengandungi rahmat
(Syurga dan nikmat)
dan di sebelah luarnya,
dari situ terdapat
(Neraka) dan azab seksa.

(13)

(Pada saat itu) mereka (yang munafik)
menyeru orang-orang yang beriman
(sambil berkata):

Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?
Orang-orang yang beriman menjawab:
Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu
(dengan perbuatan munafik) dan
kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam),

dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama)
serta kamu diperdayakan oleh
angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu),

sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan
oleh Allah (kepada kamu) dan (selain itu),
kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan
dengan (pengampunan) Allah
(semata-mata dan melupakan azabNya).

(14)

Oleh itu, pada hari ini tidak
diterima penebus diri dari kamu
dan tidak juga dari orang-orang kafir.

Tempat tinggal kamu ialah Neraka,
Nerakalah sahaja penolong kamu dan
itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!

(15)

Belum sampaikah lagi masanya bagi
orang-orang yang beriman,
untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan
dan pengajaran Allah serta
mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang
diturunkan (kepada mereka)?

Dan janganlah pula mereka menjadi seperti
orang-orang yang telah diberikan
Kitab sebelum mereka,

setelah orang-orang itu melalui masa
yang lanjut maka hati mereka menjadi keras
dan banyak di antaranya
orang-orang yang fasiq (derhaka).

(16)

Thursday, December 25, 2008

Bahasa Melayu dan nilainya?

Sumber:

http://oretachino2yen.wordpress.com/2008/12/19/bahasa-melayu/


Penulisan karya oleh Dr.Hafidzi, penulis buku Jejak Risalah Nusantara


Wujud melayu kerana Islam dan ini terserlah pada tulisan (jawi) dan bahasa komunikasinya.

Bila du’at (pendakwah) datang ke nusantara mereka terpaksa mencari bahasa perantara dakwah yang sesuai. Maka di antara bahasa-bahasa yang maju ketika itu (kurun ke 7 - 13) ialah bahasa Jawa dan sanskrit, Tetapi bahasa-bahasa ini sarat nilai-nilai hindu dan Buddha. Sedang al Quran ‘mubin’ jelas dan tidak boleh disampaikan dengan makna-makna yang ambiguous. Maka bahasa yang paling murni ketika itu ialah bahasa melayu kerana ia bahasa tahap rendah, tidak ada kosa kata dan perbendaharaan kata yang membawa nilai-nilai falsafat dan keagamaan. Bahasa melayu adalah seperti bahasa Arab kuno - yang miskin dari nilai-nilai agama dan filsafat tdk seperti bahasa Persia, Yunani, Greek dan Romawi.

Lalu bahasa melayu yang miskin itu diperkasa dengan istilah-istilah al Quran. Di antara istilah yang memabanjiri bahasa melayu ialah kalimah-kalimah berkaitan aqidah. Istilah iman tidak boleh diterjemahkan ke dalam istilah sedia ada. Iman bukan ‘percaya’ kerana iman membawa maksud ‘tasdiq bil qalbhi, taqrir bil lisan’ (membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan lisan) dan komponen ketiga yang penting ialah amal bil jawarih (amal dengan anggota badan). Aqidah itu sendiri menjadi sebahagian dari bahasa melayu. Aqidah ialah ‘aqaid’ atau ikatan. Aqidah bukan sekadar pegangan atau kepercayaan tetapi ikatan yang bersifat hablum minallah dan habluminnas. Dari sinilah datangnya perkataan ‘ikat’ - dari ‘aqaid ataupun aqidah.

Pendakwah Arab/muslim mengamati di dalam bahasa melayu ada perkataan ‘takut’ - tetapi takut tak boleh boleh digunakan untuk merujuk kepada ‘taqwa’. Sebab takut membawa pada perasaan mahu menjauhkan diri. tetapi taqwa membawa seseorang semakin hampir dengan Allah. Maka taqwa pun diterima pakai sebagai istialh bahasa melayu.



Dalam bahasa melayu juga ada istilah berserah atau pasrah. Tetapi pasrah atau berserah boleh membawa maksud berserah kepada nasib tanpa melakukan sesuatu. ia tidak sama dengan tawakkal yang membawa maksud berikhtiar bersungguh-sungguh kemudian menyerahkan segala urusan kepada Allah. Lalu istilah tawakkal pun diadaptasi menjadi istilah bahasa melayu.

Ada beberapa perkataan yang tidak berubah iaitu ’surau’ dan sembahyang atau ’seumayang’ (Aceh). Surau adalah berhala sembahan orang melayu. Di situ mereka berkumpul untuk acara keagamaan zaman hindu. Gigihnya para pendakwah sehingga mereka menyampaikan Islam di tempat-tempat sembahan orang melayu. lalu surau tadi bertukar menjadi musalla, meunesah, langgar, madrasah pada hari ini. Di dalamnya mereka melakukan upacara ’sembahyang (sembah nenek moyang). Lalu sembahyang tadi bertular menjadi solat. Perkataan sembahyang masih kekal digunakan tetapi membawa maksud solat.

Di dalam solat ada satu perbuatan namanya ’sujud’ dan ‘ruku’. Di dalam bahasa melayu ada perbuatan tunduk dan ’sembah’. Sujud dan ruku’ bukan sekadar tunduk. Tunduk ialah perbuatan menyembah kepada sesuatu - ia boleh jadi tunduk kepada Allah (khalik) boleh juga jadi tunduk kepada makhluk. Di dalam Islam tunduk kepada makhluk adalah syirik. Sedang sujud dan ruku’ hanya kepada Allah. Lalu sujud dan ruku’ menjadi sebahagian dari istilah bahasa melayu.

Ketika hendak solat mesti bersih dari najis. Najis dan kotoran tak sama. Kotoran tidak semesti najis dan tidak membatalkan solat. Lalu najis menjadi istilah bahasa melayu.

Jika kita lihat orang melayu mempunyai beberapa perkataan untuk menggambarkan perasaan mereka spt - ‘marah’, ‘geram’, ‘benci’, ’suka’, ‘cinta’, ‘ghairah’ dan sebagainya. Kesemua perasaan ini adalah naluri ataupun instinct untuk kelansungan hidup. Perasaan-perasaan ini jika tidak dikekang boleh mendatangkan kemusnahan hidup kerana ia bersumberkan nafsu. Apabila Islam datang maka diperkenalkan beberapa konsep atau perkataan yang tidak ada dalam kamus kehidupan orang melayu seperti ’sabar’, ‘ikhlas’, ‘tawadhu’, ‘redha’, ’syukur’.

Baik, mari kita tanyakan apakah perkataan yang semakna dengan sabar dalam bahasa melayu. Kita tidak akan menemui istilah yang menyamai makna ’sabar’. Kita boleh kata ‘tahan kemarahanmu’, ‘tahan nafsumu’, tahan rasa sakit’. Perkataan-perkataan ini tidak membantu. Menahan rasa sakit, menahan rasa marah. menahan kehendak nafsu hanya menambahkan rasa sakit, meningkatkan rasa marah dan menyebabkan nafsu semakin meluap-luap. Tetapi apabila disuruh bersabar, - rasa sakit semakin hilang, rasa marah semakin reda, dan nafsu yang bergejolak semakin tenang. Ini adalah kerana sabar adalah satu kebiasaan jiwa yang redha kepada Allah yang dipupuk seiring dengan solat ‘Carilah pertolongan Tuhanmu dengan solat dan sabar - dan itu amat payah kecuali bagi orang-orang yang kyushu’.

Kemudian kita lihat pula perkataan ikhlas - Apakah dia agaknya perkataan yang seakan-akan membawa makna ikhlas dalam bahasa melayu. Nescaya kita tidak akan menemuinya. Kerana setiap perbuatan atau pertolongan dalam budaya melayu sebelum Islam membawa maksud dan tujuan tertentu. Pertolongan diberi dengan niat untuk mendapat imbalan. Tetapi apabila Islam datang, orang melayu dididik supaya ikhlas dalam pemberian, ikhlas dalam pertolongan kerana mengharapkan ganjaran, pahala dan keredhaan Allah SWT.

Bagaimana pula dengan tawadhu’. Tawadhu bukan membawa maksud merendah diri. Budaya merendah diri memang kaya pada orang melayu. Sebab itu ada perkataan ‘hamba’, ‘tuan hamba’, ‘patik yang hina’ (patik ni anak anjing yang baru lahir!), Duli yang Maha Mulia, sembah patik di atas batu jemala (duli ialah debu yang melekat pada kaki raja). Tawadhu tidak bererti tunduk menghina diri. Tawadhu bererti tidak meninggi diri kerana sedar setiap insan adalah dari Adam dan Adam dari tanah. Dan ‘tidak ada lelebihan Arab di atas ajam, kelebihan ajam di atas Arab (sabda Rasulullah SAW), Yang paling baik di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa (al-Quran). Dengan adanya sifat tawadhu - raja dan rakyat jadi setaraf, yang mulia ialah yang taqwa kepada Allah. Lalu bertukarlah kata-kata ‘pantang melayu derhaka kepada raja’ kepada ‘raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah’.

Ada satu lagi perkataan Arab yang belum menjadi istilah melayu iaitu ‘tasammuh’. Perkataan ‘tasammuh’ ini tidak dimasukkan dalam perkataan melayu kerana mungkin tidak ada keperluan itu dalam sejarah. Tetapi ianya sudah menjadi suatu keperluan pada hari ini.

Saturday, December 20, 2008

Winter gathering at Glasgow...

Salam.

Hi chaps~

Just to inform you guys.

I'm going to Glasgow tonight.

Attending a winter gathering..

yeha~

To rest my mind and get up with ukhuwwah.

=)

Nice to meet you guys.

Salam.


I will post my experience in Glasgow right after I return yeah.

Friday, December 19, 2008

Don’t Call This Love

Leon Jackson - Don’t Call This Love



Cry in the rain
Nothing to say
Lately I wonder
Who you are today
I know all about you
But I don’t understand
Why you won’t see me
Why things have changed

Oh baby something is going on
God knows I know

Cus you can’t keep nothing from me
Cus I know what I’ve seen now
You can try your best to deceive
But I know where you’ve been now
And you can cry your heart out to me
But it’s hard to believe
Don’t call this love

I might be no good
In your eyes only
But one day you’ll see that
I was good for you honey
You need to grow up
Get your life together
We can’t go on now
Doing this to each other

Oh baby something is going on
God knows you know

Cus you can’t keep nothing from me
Cus I know what I’ve seen now
You can try your best to deceive
But I know where you’ve been now
And you can cry your heart out to me
But it’s hard to believe
Don’t call this love

Listen to me
Baby, don’t call this love

Cus you can’t keep nothing from me
Cus I know what I’ve seen now
You can try your best to deceive
But I know where you’ve been now
And you can cry your heart out to me
But it’s hard to believe
Don’t call this love

Don’t call this love x3

When you Believe -

Singer: Leon Jackson

Credited to Ms. NadraNadiah
(tenkiu ye bebe..huhu..curik lagu dari blog kamu..hee)

I love this song.
Full of meaning.




Many nights we've prayed
With no proof anyone could hear
In our hearts a hopeful song
We barely understood
Now we are not afraid
Although we know there's much to fear
We were moving mountains
Long before we knew we could

[Chorus]
There can be miracles
When you believe
Though hope is frail
It's hard to kill
Who knows what miracles
You can achieve
When you believe, somehow you will
You will when you believe

Easy to despair
When all you hear is fear and lies
Easy just to run and hide
To frightened to begin
But if we dare to dare
Don't wait for answers from the skies
Each of us can look inside
And hear this song within

[Chorus]
There can be miracles
When you believe
Though hope is frail
It's hard to kill
Who knows what miracles
You can achieve
When you believe, somehow you will
You will when you believe

They don't always happen when you ask
And it's easy to give in to your fears
But when you're blinded by your faith
Can't see your way clear through the rain
A small but still resilient voice
Says hope is very near

Ohhh

Ohhh(There can be miracles)
Ohhh(When you believe)
Though hope is frail (Though hope is frail)
It's hard to kill (It's hard to kill)
Who knows what miracles (Who knows what miracles)
You can achieve (You can achieve)
When you believe, somehow you will (When you believe, somehow you will)
(Now you will) Now you will
You will when you believe (You will when you believe)
You will when you believe

End of exam...

Hi everyone,


See you again here, in my shade of blog.


I would like to share with you all,

of a title,

"End of Exam".



Examination is a name those who sits in academic afraid most.

Examination is a place where we can distinguish those who work hard and not.

Examination also is a battle between our

thinking and decision.

Those who have good thinking,

may path a good decision in

choosing which question should be done.

Those who fails to make themselves in,

may found some difficulties out to complete the exam.



I, myself found out that I was in the middle,

in the middle of those who can think

well and make a good decision.

I pretty sure would say that I revealed some problems

in completing the exam in good manner.

I found out that I have lack of exercises in

some specific areas of subjects.

For example,

exam today,

last paper of all subjects,

for the very beginning academic semester,

of a year of break.

I managed to tackle some of the question but

sadly to say I couldnt really grab all the question

as what I did last two years.



When I was doing my diploma,

I entered the exam hall,

happy with knowledge,

out with smile.

Pretty nice I could say I organised myself to understand all the

question and sorted out with brilliant solution of the exam.

Yet,

am here,

in new environment,

in new style of study and learning,

in new brand of knowledge approach,

exam came,

I entered,

but,

out with feeling anxiety.

My mind spinned 720 degree.

I smile but I weep.

I enjoyed but I faded.

Can I say I was shocked with new style?

Maybe.

Perhaps.

Gosh, this wasn't me.

I shouldn't be like this,

acting like this.

I was a different person as what I was last two years.



Reflection I could say,

was,

from this three months of experience I had,

would change a lot of me later.

I prayed,

a good ending I may find later.

As I was appointed by my sponsor to study here,

different from other colleagues in my own country,

I beheld myself as an asset to my country.

I strongly believed I must have to see myself better in the future.

I would recognise today experience mirroring up

better performance in future.

I obtained many morale values here even I was here in

short time of three months,

everything seems to be confronting myself to make me

react better.



Tomorrow,

is again Friday good beginnnig of weekend,

I'm gonna go for a break of few days in Glasgow,

having a good time in winter weather.

Gather warmly with few friends.

Analysing back what I learnt and what should be done to make me better.

Moving myself to a place of new interest,

to see and rationale the goodness of next

few days.



With the ending of the autumn semester,

I would like to wish a Happy good day for

all friend in Surrey University and other friends

all around UK who will have a

holiday of a month break.

To other colleagues around the globe,

I would like to say,

don't waste your good time,

use them wisely,

analyse them critically.

Then, you will

know how relevant does a piece of knowledge worths for you.


Cheers from me.

Hunger young boy seeking for knowledge.

Monday, December 15, 2008

May It be.......




May it be...
Oh Lord...
Bless us, please I beg you...

Kasih sayang mak dan baba.


To my beloved mak and baba.
Kepada mak dan baba yang ku kasihi.

Segenap hari..
Ku lalui kini..
Penuh liku hidup..
Dugaan cabaran timpa menimpa..
Dari permulaan aku kenal akan dunia..

Ku..
Keluar dari bimbingan mak dan baba..
Selama hampir tujuh belas tahun..
Ku dipimpin ditatang dengan ilmu didada..

Kini..
Ku bersendirian untuk seketika..
Mencari ilmu dipelosok England..
Bertambah pula..
Bertambah pula dugaan harus ku cabari..

Mak baba..
Nanti bila..
Bila ada masa mak dan baba..
Baca akan nukilanku ini..
Percayalah..
Mak baba terlalu berharga untukku..

Mak baba..
Banyak..
Tunjukkanku erti hidup..

Mak baba..
Malam ini..
Ku selami hatiku..
Ku tangis..
Ku rindu mesra tegasmu berdua..

Tangisku bukan kerana apa-apa..
Kerna..
Hari ini..
Tali yang disimpulku selama hampir lima tahun di alam asuhan agama mapan..
Kian hari kian terungkai..

Bukan..
Bukan terungkai kerana hiburan fizikal di sini..
Bukan kerana minuman yang bisa binasa hati..
Bukan kerana apa-apa..

Ia...
Ia hanya..
Kerana hatiku..
Hatiku rindu..
Hatiku terkadang lepas..

Hatiku resah..
Timbul ragu-ragu..
Timbul bunga-bunga kemalasan..
Dunia dan akhirat terpisah..
Sepintas sekali sekala malas..
Sepintas sekali sekala rajin..

Terkadangku..
Hilang hanyut dalam kegelapan mainan mindaku sendiri..
Terasa ilmu terangkat terpisah dariku..
Masuk diam ditelinga kiri...
Terlepas keluar di telinga kanan..

Hatiku lesu..
Ku perlukan rohaniah..
Baba..
Mak..

Sempena..
Aidil adha..
Sempena..
Mak baba di tanah haram..

Ku cuma ingin meminta satu..
Ku cuma berharap mak baba..
Doakanku supaya mendapat hidayah Dia Maha Esa..

Ku perlukan hidayah Dia Maha Esa..
Moga hidup matiku dalam iman..
Moga gerak hati maupun kerja dalam lingkungan-Nya..

Kerana..
Kasih sayang mak baba..
Zahirku akan sebentuk doa agar mak baba sihat..
Hidup kita..
Kembali kita dalam iman..

Terima kasih..
kerana menyayangi kami..
anak-anakmu.

Salam alaik.



Friday, December 12, 2008

Friday Dec 12 2008

A call for Jumaah prayer arrives today.

All rijalun of muslim or muslimin have to perform their Jumaah.

This is a way to respect the Greatest day of seven which is Friday.

So, as an obligation to us muslimin.

Let us perform our Jumaah.


Be the Friday;

Battlefield to show our appreciation to Allah Subhanuwataala.

salam.

Wednesday, December 10, 2008

Keluh kesah

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



Salam.
Wahai insan.
Mari muhasabah diri sambil mendengar sajak ini.
Rentetan dari coretan sebelum ini.


Sakaratulmaut
Dini hari itu
Seorang OB rebah dikamar mandi
Diserang lemah jantungnya yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di KL

Bersama isteri mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi
Alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Puan muda menelefon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksin dibenamkan ke urat OB
Dan berombak - ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas - menghempas

Tujuh hari
Tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang
Dipembaringan

Dan seluruh dunia
Dan isinya berkumpul
Di dalam kepalanya

Bangloku
Mercedezku
Wangku di bank bumi
Saham - sahamku di syarikat - syarikat
Rumah - rumah sewaku
Pengarah - pengarahku
Kuda - kudaku dipadang rumput
Padang golfku
Anak - anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku

Nazak
Hempas - menghempas
Pulas - memulas
Dan
Pintal - memintal

Makan?
Geleng kepala

Minum?
Geleng kepala

Arak?
Geleng kepala

Isteri muda?
Geleng kepala

Mau ke padang kuda?
Geleng kepala

Mau ke Genting Highland?
Geleng kepala

Melancong ke Eropah?
Geleng kepala

Ke Makkah naik haji?
Geleng kepala


Apa yang kau mahu?
Oh tuhan~
Panjangkanlah umurku.
Panjang umur?
Berapa tahun kau mahu?
100 tahun?
Cukup?

Ia,
100 tahun
63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tak kenyang makan maksiat?
Belum bosan mengumpul dosa?
Kau mahu panjang umur lagi!

Sedetik lagi
Sakaratulmaut datang
Sedetik lagi
Izrail datang
Sedetik lagi Malaikatulmaut datang
Kau diambang sakaratulmaut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan semakin sendat nafas didada
Kedinginan mulai memanjang dan merayap kaki
Perlahan - lahan menjalar ke seluruh jasad dan tubuhku

Aku dilambung
Resah
Gelisah
Keluh kesah
Keluhan
Dan rintihan

Panas
Dahaga
Haus
Panas

Air tujuh lautan mau diteguk
Sebesar tujuh dunia
Kelaparan merobek usus - usus

Syaitan - syaitan
Datang berbondong - bondong
Menginjak - injak aku
Menggundah aku
Mahu memurtadkan aku

Nenekku datang
Kau dahaga cucu
Kau lapar cucu
Mau air?
Ini bejana penuh air madu
Kalau cucu mahu masuk syurga
Minum air ini?

Ibu~
Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau wahai anak
Buangkanlah Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah~
Kau datang ayah
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
"Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga", katanya

Ucaplah!
LailahaillAllah.
Tidak!
Tidak!
Tidak!

Ucaplah!
LailahaillAllah.
Tidak!
Tidak!
Tidak!

Rumahku!
Mercedezku!
Wangku dalam bank!
Saham - sahamku!
Kuda - kudaku!
Kolam mandiku!
Padang golfku!
Isteri - isteriku!
Dan duniaku!

Sakaratulmaut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan Mercedez
Dan
Memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi
Lidahku telah kelu
Dan sakaratulmaut kian detik tiba
Manusia - manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!
Manusia - manusia berjubah hijau datang
Membawa payung hijau
Katanya "Mari ikut kami".

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang siratan hitam
Cahaya merah datang
Ucaplah!
LailahaillAllah.
Tidak!
Tidak!
Tidak!
Ucaplah!
LailahaillAllah.
Tidak!
Tidak!
Tidak!

Apa ini!
Apa ini!

Kedinginan menjalar
Merayap perlahan - lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini
Seluruh jasadku
Diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian
Datanglah Malaikatulmaut
Dihujung kepalaku

Hai JIWA yang keji!
Keluarlah dari kemurkaan Allah!
Rohku berselerak
Ke tubuhku

Lalu
Innalillahiwainnailaihirajiun!

Malaikat - malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan
Menghamburlah bau bangkai sebusuk - busuknya

Tuliskan!
Suratannya dalam Sij-jin pada bumi yang terbawah
Rohku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad

Lalu
Datang dua orang Malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa tuhanmu?
Aku tidak tahu!

Apa agamamu?
Aku tidak tahu!

Siapa lelaki ini yang diutuskan kepadamu?
Aku tidak tahu!

Datanglah kepadaku
Seorang lelaki
Yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya

Siapa engkau?
Akulah!
Amalanmu yang keji!

Kini
Aku diazab dan diseksa
Di dalam kubur

Menunggu
Menunggu doa
Anak yang soleh
Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Mana doa anakku seorang profesor?

MANA!
MANA!
MANA!


Nukilan dipetik dari sumber youtube.com dan esnips.
Hayatilah sajak ini.
Harap ia membantu.

Salah silap.
Saya dahului dengan mohon maaf.
Betulkan saya kalau salah.


peace.
Salam.

Eid Adha..

To express,

I would like to say my highest gratitude

to Allah for this chance to stay in earth to pray to Him..



To add,

Also,

Am so glad to be here as I met this 1429 Eid Adha.



I would like to say thank you so much to my father and mother.

Thank you so much for both of you that helped me very hard.


Without both of you as help from Allah, I could not come across as today.

Hope both of you will get Mabrur Hajj.



I would like to extend my highest apology to all friend and any parties that if I

ever hurted or irritated their heart.

I am just a normal person who always have wrongdoings in list.

I try to mitigate some in few times.



Last but not least, I warmestly hope to Allah, please forgive any of our wrongdoings

in any times that we remember or even lost.

To You we spend and stick our tongue, action and decision with.


Salam.

Meaning of Death (Sakaratul maut)

Watch this series of video linked from youtube.
See the video.
Listen to the poem and movie attached.
It will be interesting.
=)



Tuesday, December 9, 2008

A word from Prophet Muhammad (pbuh)

As narrated:

"Islam came a something strange and
it will return something strange.
Paradise fr the strangest".


Ghurabaa is the word for stranger.

Sunday, December 7, 2008

Allahuakbar~ Eid Adha 1429 hijr (2008)






Oh all my friend.
Today.
Yaumul Arafah arrived.
Let us all together gathered and pray takbir Allahuakbar for this holy Eid Adha.
Nothing more important than a blessing from Allah.

Insist in our heart for us to go there and be among them who worship to Allah.
This Bait al Haram is a place for all of us to be in.

To celebrate this coming Eid Adha.
Come Takbir as much as you can.

"SadaqAllahul adzim"

Salam.

SRAM versus DRAM?

Which one is better?

S or D RAM?

Which one should I focus in?

Digital electronic is so interesting.

I love it.

=)

Just mingling around here for awhile..

huhu..

Hit and miss?

There are three classes of memory:

1. Cache

2. TLB (translation-lookaside buffer)

3. Virtual memory


So, which will be hit or miss?

Depends on what will it be hit or miss?

Come on, comment this~

Saturday, December 6, 2008

Yaumul Arafah

Tiba masanya...
Para haji dan hajah bergerak menuju ke Padang Arafah.

Termasuk jua..
Kedua ibu bapa ku..
Yang kini sedang dalam berjalanan ke Arafah.
Bagi melunaskan tanggungjawab mereka..
sebagai seorang bergelar muslim.

Semoga dengan kesempatan yang diredhai Allah..
Bergerak lancar mereka berdua dirahmati Allah..
Bersatu hati kerana Allah..
Jua Beribadah haqiqi kerana Allah..

Aku memohon padamu Ya rabbul jalil..
Ya rahman..
Ya rahhim..
Berikanlah kesempurnaan kepada mereka dan semua umat islam yang sedang menunaikan haji di Makkah al Muqarramah.

Semoga mereka beroleh haji mabrur..
SadaqAllahuladzim.

I love Islam~

Just to motivate myself;
Because next week I got final exam..

So, am need some rehabilitation for my heart..

Oh Allah..
Please assists me..
Give me a way for me to praying You...
I need Your helps only and only from You I beg for bless..

Nasrullah fil haq.
Ana yaqin fi haqqi fillah.
Innallaha maassabirin.

Hiz Allah faqad~

Nasrullah



This nasheed is so embracing.
Feel free to listen.

=)

hu Allah~
hu Allah~
hu Allah~

Thursday, December 4, 2008

A song for her..




Dear Umie...
I dedicate this song for you...
Thank you for believing me day after day...
You shall remain god willing for ever as my life partner...

We are day apart...
But...
You care me...
You nurture me with your love...
I shall in return love you as how you love me...

Be this song tighten our bond...

One cold night in Surrey....

-3 degree celcius

Does this cold enough to make water become ice?
Im still waiting for snow to arrive if possible.

Exam week approach fast...
Hope with a weather of this cold might help me to revise easier....

Tuesday, December 2, 2008

Computer and Design: Software and Hardware

Hye..

Meet u again.

Just come across my mind about this topic.

What exactly computer and design are?

From Dr Tanya class,

I learnt the internal architecture of the microprocessor a lot.

Most of the time, my friend and I undergone the MIPS design.

"Million instruction per second" that is what the MIPS abbreviated for.

Reference book: Producer: Morgan Kauffman

OMG~


Anyone?

Who is better in this MIPS design, please share with me?

Kelebihan Zulhijjah

Credited from Unis MSS colleague.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;

HARI
KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAH kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAH doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAH Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAH Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAH Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAH pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir) . Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih) . Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Abil-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin Allaitsi berkata;

Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada Nabi Musa bin Imraan alaihissalam "lima doa" untuk dibaca pada hari-hari sepuluh yang dibawa oleh Malaikat Jibril a.s.


Lafaz Doa (Harap dapat dirujuk kepada yang ahli/biasa dengan doa-doa ini.
Makna/Pengertian
1 La ilaha illallahu wahdahu laa syarakalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu wahawa hayyun laa yamutu biyadihil khairu wahuwa ala kulli syai'in qodier Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu, semua milik/kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati.
2 Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu, ilaahan waahidan ahadan shomadan lam yattakhiz sho hibatan walaa waladan Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu, Tuhan Yang Tunggal, Yang Dibutuhkan, Yang Tidak Berkawan dan Tidak beranak.
3 Asyhadu anlaa ila haillallahu wahdahu laa syariikalahu ahadun shomadun lam yalid walam yakullahu kufuwan ahad. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa, Satu dan sangat dihajatkan, tiada beranak dan tiada diperanakkan, dan tiada bandingan sesuatu apa pun.
4 Asyhadu anlaa la haillallahu wahdahu laa syariikalahu mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa hayyun laa yamuu tu biyadihil khoiru wahuwa 'ala kulli syai'in qodier. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu, baginya kerajaan dan pujian, menghidupkan dan mematikan, dan Dia Hidup tidak mati, di TanganNya semua kebaikan, dan Dia di atas segala sesuatu Maha Berkuasa.
5 Hasbiyallahu wakfa sami'allahu liman da'aa laisa waraa allahi muntahi. Allah telah menjamin aku, dan cukup Allah telah Mendengar tiap-tiap siapa yang berdoa, Tidak ada selain Allah tempat meminta dan berhajat.

Juga tersebut bahawa doa-doa dan kalimah ini diturunkan di dalam Injil, dan orang-orang Hawariyyun menanyakan fadhilah kalimah-kalimah ini kepada Nabi Isa a.s.; maka diterangkan kepada mereka fadhilah dan pahalanya yang tidak dapat dihitung oleh orang yang membacanya pada hari-hari sepuluh(dari 1 hingga 10 Zulhijjah).

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah

Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:

  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Amalan Di Bulan Zulhijjah
HARI
AMALAN
1 hingga 9 Zulhijjah Sunat berpuasa
8 Zulhijjah Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
Solat sunat qabliyah asar
Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
Membaca Laillahaillalah wahdahula... .huallakulishaii nkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
Solat sunat tasbih
Solat sunat hajat
Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
10 Zulhijjah
Hari Raya Haji/Korban
Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
Melakukan korban
11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik) hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
29 atau 30 Zulhijjah Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

Sunday, November 30, 2008

A friday of Nov 28

Hi fellow reader,

Meet you again here.
Just to share with you a story of a friday.
Yesterday was friday 28 Nov 2008.
To inform, I got two big event yesterday.
It took me 48 hours unrest.
What were they?

huh~

They were Webfolio and Project presentation.
Last week was a week of so-called-tired for me.
I got a so tough event that I will never forgot till the end.

huhu...

My university account alleged to be suspended for 48 hours started on wednesday till friday.

OMG~

Do you knew?

I got to submit my webfolio on that friday too.
I was very helpless on that wednesday.
I was very tired.
Tired of not having enough sleep and restless body.
I struggled to meet It service desk and told them the truth behind that thing.
After spending a one-hour discussion, my account left unbanned back.
Thank god.

Then.
I continued write up my webfolio and at the same time prepared the project presentation.
Everything was smoothed.
Thank god again.

But yet,
today,
Saturday 29 Nov.
My head was so heavy.
I got headache.
Quite severe.
Too many focus on laptop screen and focus on writing up.
Yet, I managed to complete the assignment on time.

Allah~

Thank you so much for this feeling.

Tuesday, November 18, 2008

Rehabilitation of Islam.

Assalamualaikumwarahmatullah.
And a blessed good evening to all people.


We meet again here in my blog.
Today I would like to share with you.
A topic.
Topic on Projection of Islamic movement in future.


To start.
Globalization.
Spreads everywhere today.


Business!
Education!
Properties!
People!
Soul!


Expand parallelly with globalization.


BUT!


One thought arose in my mind.
It came across in my mind quite frequent.
Asking me to pen down in this blog.
To share a partial of my thought with people.
Today I come and pen down those hidden in my mind.



It is a thought of religion.
What religion?


Yes~


It is about Islam.
Can Islam regain back the dignity as such the past they have?


To add.
Last week.
On Sunday, 16 November 2008.


I attended one talk session that took place in Surrey University Teaching Block 16.


Given a name "Remembering Our History" (ISK - Ingat Sejarah Kita).
That talk mainly expressing about our Islamic Historical Timeline and back forth history.


History about existence of Adam (pbuh).
History about Ibrahim (pbuh).
History about all Prophet and their Prophecy.


And the peak of the talk was about Islamic society after Prophet Muhammad (pbuh).


How Islam been created by Muhammad?
How the muslim faced the difficulties?
How Islam expanded from just a small figures of devotee to certainty of thousands after that?


At the final stage,
How the society falls from the highest point to the lowest point of performance.


My intention was on the last part of it.
Fall of Islamic Ruling system - Khalifah.
Today.
We live here in world without a single brave leader to lead.
We have been depressingly urged to be at the lowest of our stand.

Sometimes,
I feel like crying inside in my heart.
O Allah I cry.
Feeling "Khatamullah".
Fear of Allah.

We are in the end of our stage.
People keep on continue forgotting Rabb Ilahi.
I am wondering.
When the bright sight of Islam will return?
Even we are a muslim today.
We are in our weakest point.
We stand our Islam deen secretly in heart.
Nor as a group of people.
We pray together in Mosques, but plenty in uncertainty.

Why?

Because.


We don't have a LEADER.

What is a leader?
How to define a leader?
How important the leader for us?



To comment.
Leader I see is a Khalifah.
We have no Khalifah.

O Allah.
Please gives us Hidayah.
Please open our heart.
Show us the siratul mustaqim.
We beg to You O Almighty.
You O Allah the only one we believe and praise to.

Saturday, November 15, 2008

Hina guru tadika Kemas.

Sumber : www.utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kenyataan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang melabelkan guru tabika Kemas sebagai 'golongan mak cik-mak cik' merupakan satu penghinaan terhadap profesion tersebut.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kenyataan itu juga mencerminkan Zuraida sebagai wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab sehingga tergamak mengguris hati guru-guru tabika tersebut yang selama ini banyak berjasa.

''Saya berasa dukacita dengan kenyataan Ahli Parlimen Ampang itu yang melabelkan guru tabika Kemas sebagai mak cik, perbuatan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah satu penghinaan dan dibuat secara melulu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin pada persidangan Dewan Rakyat, Zuraida (PKR-Ampang) melabelkan guru tabika Kemas sebagai golongan mak cik-mak cik yang ketinggalan zaman dan tidak berkualiti.

Zuraida berkata, 'mak cik-mak cik' itu masih mengajar 'angan-angan Mat Jenin' dan 'ketuanan berkeris' kepada kanak-kanak yang mendapat didikan awal di tabika Kemas.

Menurut Muhammad, kenyataan Zuraida itu juga mencerminkan beliau seorang yang cetek pengetahuan mengenai peranan Kemas yang telah banyak berjasa kepada rakyat khususnya bagi penduduk di luar bandar.

Jelas beliau, kenyataan Zuraida itu hanya disokong oleh satu kajian Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dibuat pada 2001 sedangkan Kemas sudah melalui pelbagai penambahbaikan selepas tempoh berkenaan.

''Daripada jumlah 8,364 orang guru Tabika Kemas di seluruh negara, hanya 942 orang (12 peratus) sahaja yang berumur lebih 50 tahun sedangkan 7,562 orang (88 peratus) berusia antara 21 hingga 50 tahun,'' katanya.

Beliau memberitahu, sebahagian besar daripada tenaga pendidikan tabika kemas terdiri daripada lulusan diploma dan lulusan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut beliau, pihaknya juga kini sedang melakukan penambahbaikan kelayakan dan profesionalisme guru tabika Kemas dengan menghantar 2,000 orang pendidik mengikuti kursus Diploma Perguruan Malaysia.

Muhammad turut menegaskan, kurikulum di tabika Kemas bukan kurikulum angan-angan Mat Jenin kerana ia digubal oleh sukarelawan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, sehingga Mei 2008, seramai 5,852 bekas pelajar tabika Kemas dikesan berjaya dalam kerjaya mereka sebagai doktor (129), jurutera (227), pensyarah dan guru (1,588) manakala baki selebihnya berjaya menjawat jawatan penting seperti arkitek, akauntan, wartawan, pakar forensik dan diplomat.

''Martabat guru-guru Kemas tidak sepatutnya dipandang rendah, sebaliknya pengorbanan mereka mendidik anak-anak sewajarnya dihormati dan bukannya dihina,'' tegasnya.

Thursday, November 13, 2008

A headphone.


Huh.
It is quite a long time I have not writing up in this blog.
Just keep in changing the template without a value of writing.

I quite busy with struggling in understading what is been taught in the class and wrap up them right after the class.

Today.
I got some times to spend on this blog.
So let's us chatting.

Well~
I bought a headphone with mike.
LOGITECH brand.
Price at GBP 12.
What a sacrification of saving I spent on.
ngee..

The reason why I bought this headphone is just ONE and ONLY one.
To talk peer to peer with my families and my err, my love one ever. ngee...

So.
That's all folk for the moment.
See you all bit later.

Adios amigos!

Fall of a quid pound sterling....

Surrey, United Kingdom.
I wrote this expression at 1748pm BST.
To note.
I was about two months now from my first time stepped at Heathrow Airport.
Value of one pound sterling is at MYR 6.32 at that precious moment.
Expensive to express.

But!
What a mercy thing happened today and at the moment.
The value dropped as at MYR 5.40 a quid.
It is almost 1 MYR of dropping.

Wau!
Fantastic!
Tremendous!
Fabulous!

Somehow...
Let us rationalise that phrase.

What is the meaning of that falling off?
What relevant that particular thing with our daily life?
Why does it drops so much?
How can we interprete that hot issue?
The most vital question to us, how important that to us in reverse?

Based from my reading and observation.
I found several word to describe what happen in linked with the falling.

1. Recession.
2. Credit Crunch.
3. Unemployment.
4. Projection of good price; whether increase or decrease.
5. Subprime.
6. Demand.
7. Monetary management system.
8. Expanding of India, China and Africa; in term of development of that countries.

To add.
From the trend I observed daily since last 06 Sept 2008.
It is gradually falling nor increasing too much.
For some reason, it might fierce us and frightening us up.

Wednesday, October 29, 2008

About a photo of snow....





A first time experiencing snow....

28 Oct 2008..
One of the cool night I ever have..
Surrey was in snowy weather yet it was just drop of rains in icy....
It is not exactly officially called snow but the experience I got today is very remarkable..
It is awesome..

Later I added some picture of my experience.

=)

Bila ibu telah tiada.........

Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil


Hargailah kasih sayang ibu dan ayah kita dengan kebaikan kita...