Hadith

Friday, December 26, 2008

Setelah pulang dari Glasgow.

Salam alaik.

Bertemu lagi kita di medan karyaku ini.
Nah, setelah berehat selama sehari
di bumi Surrey, ku giat ingin
menceritakan kisah pengalamanku
di Glasgow.

Setelah usai lima hari di Glasgow,
inilah, jus - jus yang dapat ku
kemukan untuk tatapan bersama.


Hari pertama: Sabtu, 20 Disember 08


Setelah penat perjalanan 13 jam,
kami ketumbukan 15 orang selamat tiba
di Lapwing.
Sebuah kem pengakap.
Sampai kira-kira 11 pagi.
Masih kosong.
AJK masih belum tiba sepenuhnya.
Semua masih lagi dalam perjalanan.
Kami antara terawal tiba.
Bersyukur~
Hingga pukul 1, masih belum ada pendaftaran dibuka.
Sabar menunggu.
Ada jua yang gelisah.
Sabar lagi.
Ku mulai berjabat tangan dengan saudara-saudaraku
yang baru.
Belum pernah jumpa.
Kuntuman pengenalan terjalin.
Seorang demi seorang ku jabati.
Shahmi, Aiman, Apeng, Epol, nah...
Terlalu ramai.
Kukira, tak semua dapat ku ingat.
Singkat memoriku sekarang.
Jam 2, pendaftaran bermula.
Kami solat berjemaah,jamak.
Perut terasa keroncongan,
hanya terisi air manis
dan secebis sandwich.
Sabar.

Dimulai perkhemahan ini dengan ceramah,
Ustaz Erfino dari London, MSD.
Tajuk: Pengenalan Pembukaan Majlis PMS.
Agak mengantuk.
Disulami dengan siulan angin sejuk.
Pemanas terasa sejuk.
Bait demi bait, mata kuyup.
Hilang tumpuan.
Ditambah pula dengan posisiku dibarisan belakang,
merosakkan tumpuanku.

Usai ceramah.
Rais, pembantu Kem Komandan beri arahan.
Masuk bilik tidur dan kenali kumpulan.
Agak kekok.
Ku tak kira, hanya terlintas mau bersaudara
cari kenalan baru.

Masuk bilik.
Kemas barang.
Saat ini pukul 7.
Program seterusnya pada jam 9.
Sudah makan.
Alhamdulillah kenyang.

Ceramah malam itu,
oleh Ustaz MAZA,
Mohd Asri Zainal Abidin.
Tajuk: Awakening of the Soul.
Beliau adalah mantan Mufti Perlis.
Seorang yang agak kontradik dengan grup mufti lain.
Tak mengapa.
Kita neutral,
dengar semua.

Ceramah yang agak tinggi nilainya.
Semua bersuara.
Tapi sebelum ceramah itu.
Kami solat Jamak.
Suatu ujian kepadaku.
Ada hamba Allah tertukar kasut denganku.
Ku agak radang.
Tak pernah hilang kasut agak lama.
Marah.
Emosi.
Astaghfirullah.
Sabar~

Masa ceramah ust MAZA.
Tak dapat fokus sepenuhnya.
Terfikir kasut.
Arghh.
Ku ingat kalimah La ila haila Allah.
Tenang sedikit.
Ini kali pertama ku dengar ceramah beliau.
Agak kekok.
Kerna, beliau fahamannya sedikir berbeza.
Tak mengapa.
Kita neutral,
dengar semua.

Selesai ceramah.
Aktiviti Latihan dlm kumpulan (LDK).

Diketuai Faizul (UCD).

Ahli kumpulan:

Zulhilmi (UNIS)
Alif (UNIS)
Shahmi (UCD)
Wildan (UCD)
Najib (Warwick)
Nizam (Nott)
Khairul @ Apeng (So'ton)

Tajuk: Who do you think you are?

LDK ini membicarakan tentang
Hakikat Manusia.
Ada lima ciri yang dibincangkan.
Agak mengantuk.
Tercicir kertas yang ku tulis info tentang
perbincangan kami.
Oh, ruginya~

Hari Kedua: Ahad, 21 Disember 08


Dikejutkan seawal 530 pagi.
Oh tuhan.
Sejuk sangat pagi nie.
Walaupun diselimuti dengan tebaran selimut tebal masih
Terasa sejuk.
Kepala agak berdenyut.
Nak mandi??
Tak mungkin.
Terlalu sejuk.
Hari ini, tak dapat jemaah subuh.
Solat jemaah dibilik.
Tak sempat nak ikuti kumpulan ramai.
630 pagi, kuliah Subuh bermula.
Tajuk: Salman Al - Farisi.
Agak memberangsangkan kuliah itu.
Terasa otak ligat mengingati kisah
Salman Al - Farisi itu.
Seronok.
Tanpa disedari, masa berlalu pantas.
Jam sudah pukul 850.
Lapar.
Nah, kami dijamu dengan roti cicahan kuah kurma.
Sedap sebab lapar.
Terus berjabat tangan dengan kenalan baru.
Kenalan yang sudah kenal, terus dirapati.
Terasa ukhuwwah terjalin.
Ku kira, majlis ini membantu.
Membantu ku kenali sahabat2 dari Universitas lain.
Malahan ada jua yang datang dari Republik Czech, Poland dll.
Habis sarapan.
Terasa mengantuk.
Rupa-rupanya.
Tertidur dalam bilik selepas sarapan.
Allah~
Sampai pukul 1130 pagi, ku tidur.

Program untuk hari ini,
diteruskan dengan LDK 2.
Tajuk: Islam in the Future
Membicarakan tentang Islam di masa
hadapan.
Ahli kumpulan fasih beri idea.
Ada yang cakap.
Nanti, Islam akan kembang pesat.
Ada juga cakap, Islam terus mundur.
Tapi apa erti sebenarnya?
Yang sebenarnya.
Islam itu adalah atas kita.
Kita yang perlu nilaikan bagaimana
corak Islam yang perlu kita bawa dan jaga.

Berehat seketika di tengahari.
Makan tengahari.
Sedap.
Selepas makan, solat jamak berjemaah.
Usai solat.
Program diteruskan dengan permainan Obstacle course.
Tapi tergendala.
Angin kencang.
Tukar program.
Aktiviti kembara kawasan.
Kami bergerak dalam kumpulan.
Melihat keindahan alam Lapwing.
Cantik pemandangannya.


Makan petang.
Sedap.
Malam itu.
Ceramah oleh
Ustaz Ismael Patel.
Tajuk: Islam and the West
Topik panas.
Islam dan barat.
Masing - masing semua pasang telinga.
Sesi soal jawab tak putus kunjung tiba.
Terasa ceramah yang benar - benar membuka minda.
Ustaz merupakan seorang yang banyak membuat perbincangan
terbuka tentang Palestin dan Islam dan barat.
Ada kenalan bertanya kepada beliau.
Bagaimana Islam dapat berkembang semula.
Ustaz cakap.
Kenali dirimu dahulu.
Benar.
Jihad dimedan perang sebagai mujahid bagus.
Tapi dalam keadaan kita sebagai pelajar.
Gunakan masa belajar sebagai medan jihad kita.
Jadikan kenalan-kenalan bukan Islam sebagai sahabat.
Kenali mereka.
Dulu, Islam jatuh,kerana,
Mereka, barat, mempelajari dan mengenali kita sebaik mungkin.
Itu sebab kita jatuh tersungkur.
Maka jalan untuk naik semula.
Kita sebagai ummah Islam, perlu
kenali pelajari mereka semula.
Tunjukkan akhlak baik.
Itu kata beliau.

LDK 3. Permainan dalam kumpulan.
Tajuk: The message.
Begini cara mainnya.
Ada aktiviti yang perlu dihabiskan
disamping kena mengingati sepotong ayat Quran.
"Infiru khifafan wathiqalan wajahidu biamwalikum
waanfusikum fi sabilillah. Zalikum khairul lakum
inkhuntum taa'lamun"...
Tujuan sebenar permainan itu,
setiap orang perlu fokus.
Antara mengingati ayat Quran @ pilih aktiviti permainan itu.
Apa yang cuba disampaikan adalah.
Pemilihan kita.
Sama ada kita cuba mencari dunia @ akhirat.
Mana - mana yang kita cari, perlulah fokus.
Seeloknya, carilah akhirat disulami dunia.

Hari Ketiga: Isnin, 21 Disember 08


Masih dikejutkan seawal 6 pagi.
Tapi tidur nyenyak.
Sudah acap dengan cuaca sejuk.
Pakai baju tebal utk tidur.
Tak mandi 3 hari dah.
Terlalu sejuk untuk mandi.
Selesai solat subuh.
Dengar kuliah Subuh.
Tajuk: Ashabul Kahfi.
Agak mengantuk.
Tertidur. Hilang tumpuan.
Selesai kuliah subuh kira-kira 830 pagi.
Ada permainan baru.
American Civil War.
Ala-ala perang terbuka zaman dulu-dulu.
Satu kumpulan serang.
Satu kumpulan tunggu.
Apa yang boleh didapati dari permainan ini?
Ia mengajar kita supaya bergerak dalam barisan.
Jangan luntur.
Jangan mengalah.
Kuatkan barisan.
Rancang strategik yang tepat.
Jangan tergesa-gesa.
Permainan usai selewat jam 1030.
Kemas bilik.
Bertolak ke Loch Lomond.
Makan masa satu jam lebih untuk sampai
di Loch Lomond cruise.
Menghayati keindahan alam di atas cruise of Astina.
Terlihat istana-istana lama.
Kapal perang.
Nilai estetika bermutu.
Disamping mengenali lebih mendalam erti persahabatan.
Selesai perjalanan mengenali alam.
Berjalan kaki ke Youth Hostel.
Sebuah istana tinggalan yang dijadikan hostel.
Agak besar dan menakutkan.
Tapi cantik.
Ku diberi bilik diaras 3.
Aras tertinggi.
Mandi.
Setelah 3 hari dilamun kesejukan hatta menyebabkan tidak mandi.
Ada ceramah oleh Ustaz Maszlee.
Tajuk: Super Power Student.
Ceramah disamping perbincangan panas.
Semua kenalan-kenalan mengambil bahagian.
Terasa seperti hidupnya musyawarah dan majlis ilmu itu.
Tidak mandom.
Diakhiri dengan LDK penutup.
Saudara Faizul pinta kami isi borang "feedback".

Hari Keempat: Selasa, 23 Disember 08


Bangun seawal 6 pagi.
Bersiap-siap.
Solat subuh jemaah.
Agak panjang solat subuhnya.
Tunggu bas datang untuk ke Aviemore.
Tempat dimana permainan ski berlangsung.
Sampai selewat 1045 pagi di pusat ambilan pakaian ski.
Sampai di Aviemore Hill pada pukul 1250.
Tunggu kereta kabel untuk ke puncak bukit.
Sampai.
Diterangkan dengan teknik-teknik yang betul.
Agak susah sebenarnya.
Perlukan imbangan badan yang betul.
Kalau tak.
Pasti tersungkur.
Ditambah dengan ais yang mencair pada permulaan.
Pukul 130.
Hari semakin gelap.
Angin semakin kencang.
Cuaca semakin sejuk.
Dilitupi dengan kabus-kabus putih.
Berjaya menunaikan solat jamak zohor asar di atas ais.
Gembira bukan kepalang hatiku.
Dapat merasai keindahan ciptaan Allah ini.
Kaki sakit.
Kasut ski menekan betisku.
Pedih.
Ais semakin mengeras.
Semakin licin.
Tak berani untuk terus mencuba.
Kerna dulu.
Ku pernah jatuh terseliuh.
Terasa fobia.
Beberapa kali jatuh menyebabkanku
hilang minat untuk meneruskan ski.
Pukul 3 petang.
Berhenti.
Bertolak turun ke bawah bukit.
Tepat jam 4 petang.
Bas bergerak pulang.
Sampai ke UKIM, 730 malam.
Berhenti solat jamak di UKIM.
Tunggu makanan, rupa-rupanya.
Nasi berlaukkan telur kurma.
Sedap.
Lapar.
Kami pergi berjalan-jalan sementara menunggu
rakan mengambil kenderaan di Youth Hostel.
Sempat beli Itik golek, nasi goreng.
Sedap.
Simpan untuk perjalanan pulang.
Bertolak pulang dari UKIM ke Surrey pada pukul 1200 tengah pagi.
Mengantuk.
Yusof dan Fikri pandu pulang.
Sampai di Surrey pukul 715 pagi.
Gembira hati tiba di bumi sendiri.
Alhamdulillah.
Syukur.

No comments: