Hadith
Monday, December 15, 2008
Kasih sayang mak dan baba.
To my beloved mak and baba.
Kepada mak dan baba yang ku kasihi.
Segenap hari..
Ku lalui kini..
Penuh liku hidup..
Dugaan cabaran timpa menimpa..
Dari permulaan aku kenal akan dunia..
Ku..
Keluar dari bimbingan mak dan baba..
Selama hampir tujuh belas tahun..
Ku dipimpin ditatang dengan ilmu didada..
Kini..
Ku bersendirian untuk seketika..
Mencari ilmu dipelosok England..
Bertambah pula..
Bertambah pula dugaan harus ku cabari..
Mak baba..
Nanti bila..
Bila ada masa mak dan baba..
Baca akan nukilanku ini..
Percayalah..
Mak baba terlalu berharga untukku..
Mak baba..
Banyak..
Tunjukkanku erti hidup..
Mak baba..
Malam ini..
Ku selami hatiku..
Ku tangis..
Ku rindu mesra tegasmu berdua..
Tangisku bukan kerana apa-apa..
Kerna..
Hari ini..
Tali yang disimpulku selama hampir lima tahun di alam asuhan agama mapan..
Kian hari kian terungkai..
Bukan..
Bukan terungkai kerana hiburan fizikal di sini..
Bukan kerana minuman yang bisa binasa hati..
Bukan kerana apa-apa..
Ia...
Ia hanya..
Kerana hatiku..
Hatiku rindu..
Hatiku terkadang lepas..
Hatiku resah..
Timbul ragu-ragu..
Timbul bunga-bunga kemalasan..
Dunia dan akhirat terpisah..
Sepintas sekali sekala malas..
Sepintas sekali sekala rajin..
Terkadangku..
Hilang hanyut dalam kegelapan mainan mindaku sendiri..
Terasa ilmu terangkat terpisah dariku..
Masuk diam ditelinga kiri...
Terlepas keluar di telinga kanan..
Hatiku lesu..
Ku perlukan rohaniah..
Baba..
Mak..
Sempena..
Aidil adha..
Sempena..
Mak baba di tanah haram..
Ku cuma ingin meminta satu..
Ku cuma berharap mak baba..
Doakanku supaya mendapat hidayah Dia Maha Esa..
Ku perlukan hidayah Dia Maha Esa..
Moga hidup matiku dalam iman..
Moga gerak hati maupun kerja dalam lingkungan-Nya..
Kerana..
Kasih sayang mak baba..
Zahirku akan sebentuk doa agar mak baba sihat..
Hidup kita..
Kembali kita dalam iman..
Terima kasih..
kerana menyayangi kami..
anak-anakmu.
Salam alaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment