Hadith

Wednesday, January 28, 2009

Surah Al - Kahfi (18: 110)

Firman Allah:



قُلۡ اِنَّمَاۤ اَنَا بَشَرٌ مِّثۡلُكُمۡ يُوۡحٰٓى اِلَىَّ اَنَّمَاۤ اِلٰهُكُمۡ اِلٰـهٌ وَّاحِدٌ‌ ۚ فَمَنۡ كَانَ يَرۡجُوۡالِقَآءَ رَبِّهٖ فَلۡيَـعۡمَلۡ عَمَلاً صَالِحًـاوَّلَايُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهٖۤ اَحَدًا‏﴿۱۱۰﴾



Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (110)


Dari firman Allah di atas, boleh kita dapati bahawa:

Barangsiapa yang megingkinkan pertemuannya dengan Allah kelak, ada dua cara:

1. Mengerjakan amal soleh.
2. Jangan disekutukan Allah dalam ibadah kita.

Betul tak hadirin semua?
Betulkan saya kalau salah.

Saya suka berkongsi pendapat dengan anda sekalian, bagaimana untuk kita di dunia ini,
mencari redha Allah?

Kerana dengan kita meletakkan diri kita di jalan keredhaan Allah, pasti Dia yang Maha Agung akan melihat kita.

Tidak dinafikan, semua umat manusia, bisa mahu berjumpa dengan Allah.
Persoalannya, apakah yang telah kita lakukan di bumi ini, yang dapat menyokong kita untuk berjumpa dengan Allah?

Dan juga bagaimana untuk membentuk diri kita menjadi seorang yang beramal soleh?
Dengan tribulasi dan mehnah yang berlaku di khalayak ramai hari ini, pasti amal soleh ini sukar kita dapati.

Perkongsian saya ini tidak lain hanyalah untuk melihat sejauh mana diri kita dalam menilai nikmat kita manusia di muka bumi ini.


Wallahua'alam.

drhilmi.
Stag Hill Court.
6.57pm

1 comment:

Anonymous said...

hilmi...
ak nk mntk advise sket..
pursue postgrad kt UK
ur reckon?