Salam alaikum..
Bertemu lagi kita di sidang karangan saya ini..
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan nilai sebuah keputusan peperiksaan..
Hadirin sekalian,
Bagi penuntut masa kini, kemestian mereka untuk mendapat keputusan sebaik mungkin..
Kenapa?
Kerana...
Kita terikat dengan syarat yang ditetapkan ke atas kita..
Yakni..
Syarat untuk terus mendapat biasiswa mahupun pinjaman pelajaran..
Tak kira persendirian waima kerajaan hatta sekalipun..
Tapi disebalik kita cuba untuk melatih diri kita untuk mendapat keputusan peperiksaan terbaik, pernah tidak terlintas diminda kita, apa nilai sebenarnya keputusan peperiksaan untuk kita?
Adakah hanya sekadar lulus peperiksaan?
Adakah untuk melepasi syarat pinjaman pelajaran sahaja?
Adakah kerana kepuasan diri kita?
Adakah disebabkan takwa dan bersyukur kita kepada Allah?
Apakah pilihan anda?
Anda jawab dalam hati sendiri..
Saya cuba lontarkan pendapat ini kerana saya juga pelajar..
Pelajar yang sedang gigih menjalani dan mendalami bahan ilmiah sebentuk dua di muka bumi Allah ini..
Bila dinilai kembali, kita hari ini, hilang arah tujuan hidup sebenar kita..
Analogi yang cuba saya kaitkan adalah, peperiksaan yang kita jawab hari ini hanyalah sekadar melepaskan kepuasan kita untuk menjawab peperiksaan itu sendiri..
Yang sebenar-benarnya proses pembelajaran itu, dari awal hingga saat akhir belajar, kita perlu gunakan peluang kita belajar untuk cari redha Allah..
Bila Allah redha dengan perbuatan kita untuk mencerna sedikit ilmu-Nya, maka, pasti kita beroleh kejayaan yang hakiki..
Saat itu, kemanisan sahaja yang akan kita nikmati, bukan hanya sekadar lulus peperiksaan semata-mata..
Wallahua'lam.
Drhilmi@blogspot.com
27-01-2009
Teratak Stag Hill Court, Rumah 33.
No comments:
Post a Comment