Hadith

Wednesday, January 28, 2009

Surah Al - Kahfi (18: 110)

Firman Allah:



قُلۡ اِنَّمَاۤ اَنَا بَشَرٌ مِّثۡلُكُمۡ يُوۡحٰٓى اِلَىَّ اَنَّمَاۤ اِلٰهُكُمۡ اِلٰـهٌ وَّاحِدٌ‌ ۚ فَمَنۡ كَانَ يَرۡجُوۡالِقَآءَ رَبِّهٖ فَلۡيَـعۡمَلۡ عَمَلاً صَالِحًـاوَّلَايُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهٖۤ اَحَدًا‏﴿۱۱۰﴾



Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (110)


Dari firman Allah di atas, boleh kita dapati bahawa:

Barangsiapa yang megingkinkan pertemuannya dengan Allah kelak, ada dua cara:

1. Mengerjakan amal soleh.
2. Jangan disekutukan Allah dalam ibadah kita.

Betul tak hadirin semua?
Betulkan saya kalau salah.

Saya suka berkongsi pendapat dengan anda sekalian, bagaimana untuk kita di dunia ini,
mencari redha Allah?

Kerana dengan kita meletakkan diri kita di jalan keredhaan Allah, pasti Dia yang Maha Agung akan melihat kita.

Tidak dinafikan, semua umat manusia, bisa mahu berjumpa dengan Allah.
Persoalannya, apakah yang telah kita lakukan di bumi ini, yang dapat menyokong kita untuk berjumpa dengan Allah?

Dan juga bagaimana untuk membentuk diri kita menjadi seorang yang beramal soleh?
Dengan tribulasi dan mehnah yang berlaku di khalayak ramai hari ini, pasti amal soleh ini sukar kita dapati.

Perkongsian saya ini tidak lain hanyalah untuk melihat sejauh mana diri kita dalam menilai nikmat kita manusia di muka bumi ini.


Wallahua'alam.

drhilmi.
Stag Hill Court.
6.57pm

Tuesday, January 27, 2009

Keputusan peperiksaan???

Salam alaikum..

Bertemu lagi kita di sidang karangan saya ini..
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan nilai sebuah keputusan peperiksaan..

Hadirin sekalian,
Bagi penuntut masa kini, kemestian mereka untuk mendapat keputusan sebaik mungkin..
Kenapa?

Kerana...
Kita terikat dengan syarat yang ditetapkan ke atas kita..
Yakni..
Syarat untuk terus mendapat biasiswa mahupun pinjaman pelajaran..
Tak kira persendirian waima kerajaan hatta sekalipun..

Tapi disebalik kita cuba untuk melatih diri kita untuk mendapat keputusan peperiksaan terbaik, pernah tidak terlintas diminda kita, apa nilai sebenarnya keputusan peperiksaan untuk kita?

Adakah hanya sekadar lulus peperiksaan?
Adakah untuk melepasi syarat pinjaman pelajaran sahaja?
Adakah kerana kepuasan diri kita?
Adakah disebabkan takwa dan bersyukur kita kepada Allah?

Apakah pilihan anda?
Anda jawab dalam hati sendiri..

Saya cuba lontarkan pendapat ini kerana saya juga pelajar..
Pelajar yang sedang gigih menjalani dan mendalami bahan ilmiah sebentuk dua di muka bumi Allah ini..

Bila dinilai kembali, kita hari ini, hilang arah tujuan hidup sebenar kita..
Analogi yang cuba saya kaitkan adalah, peperiksaan yang kita jawab hari ini hanyalah sekadar melepaskan kepuasan kita untuk menjawab peperiksaan itu sendiri..

Yang sebenar-benarnya proses pembelajaran itu, dari awal hingga saat akhir belajar, kita perlu gunakan peluang kita belajar untuk cari redha Allah..

Bila Allah redha dengan perbuatan kita untuk mencerna sedikit ilmu-Nya, maka, pasti kita beroleh kejayaan yang hakiki..

Saat itu, kemanisan sahaja yang akan kita nikmati, bukan hanya sekadar lulus peperiksaan semata-mata..

Wallahua'lam.

Drhilmi@blogspot.com
27-01-2009
Teratak Stag Hill Court, Rumah 33.

Wednesday, January 21, 2009

Sejarah Palestine dan Penubuhan Israel

Sumber:

http://akhisalman.blogspot.com/


Sejarah Palestin.

Rujukan: Palestin at-Tarikh al-Musawwir oleh Dr Tariq Suwaidan



Tahun 1829- Perancangan dari pemimpin Yahudi di England, Itali, Romania, Maghrib, Rusia, untuk berkerja sama melaksanakan projek menjadikan Palestin sebagai tempat tinggal Yahudi.

Tahun 1881- Bila timbulnya masalah orang2 yahudi di Rusia, hampir 2.5 juta yg berpindah ke Daulah Uthmaniah. Diantaranya 155 ribu yg berpindah ke Palestin.

Tahun 1896- Muncul seorang tokoh yahudi bernama Theodor Herzl yang berasal dari Hungary. Dia yang mengasaskan Ikatan Penjajahan Yahudi di Palestin dan telah menerbitkan buku yg bertajuk “Negara Yahudi”.

Tahun 1897- Theodor Hezrl (gambar)telah menawarkan ganjaran yg lumayan kepada Sultan Abdul Hamid supaya beliau memberi kebenaran pada orang2 yahudi berpindah ke Negara Palestin. Dengan tegas beliau menjawab:

“Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melepaskan sejengkal tanah pun dari bumi Palestin kerana ia bukan milik ku tetapi milik bangsaku.”

1909- Sultan Abdul Hamid (gambar) dipecat dari jawatannya. Beliau berkata:

“Sesungguhnya sebab pemecatanku adalah disebabkan pendirianku yang menegah orang yahudi untuk menubuhkan Negara di bumi quds.”

1917- Menteri luar british Balfour (gambar) telah menjanjikan kepada kesatuan yahudi sedunia untuk mendirikan Negara untuk bangsa yahudi di palestin. Janji ini diberikan sebelum british menjajah palestin. Tentera british telah menjajah palestin pada hujung tahun yang sama.

1919- Persidangan di paris diantara kuasa besar ketika itu, british dan pemimpin arab yang meletakkan palestin di bawah jagaan dan seliaan antarabangsa bukannya negara2 arab.

1920- Pada tahun ini telah diadakan pemborantakan menentang orang british dan yahudi yang dinamakan “pemberontakan 20”. Ini kerana provokasi orang2 yahudi yang mengatakan palestin adalah milik mereka. Akhirnya 5 yahudi di bunuh dan 4 orang arab dibunuh dan ramai yang cedera di kedua belah pihak.

Pada tahun ini juga telah bertukar dari pemerintahan tentera kepada pemerintahan sivil. “Samuel Herbert” (gambar)seorang warga british berbangsa yahudi telah dilantik menjadi pesuruh jaya tinggi palestin. Tanpa berlengah pesuruhjaya yahudi ini melaksanakan projek yahudi di palestin.

Samuel telah membenarkan orang2 yahudi untuk membeli tanah di palestin dan telah membenarkan orang2 yahudi berpindah ke palestin dengan purata 16500 setahun.

Pada tahun ini al-Haj Amin alHusaini (gambar) telah dilantik menjadi mufti Quds.

1922 – Telah di keluar “kitab putih” yang menjadi perlembagaan di palestin. Diantara fasa yg penting dalam kitab tersebut ialah british diberi mandat untuk memerintah palestin dan perisytiharan balfour untuk menjadikan palestin sebagai penempatan yahudi. Kedua2 ini tidak boleh diubah dan diperbincangkan.

Pada tahun ini jumlah penduduk palestin adalah 757 ribu. 78% orang arab, yahudi 11% dan kristian 10%.

1925- Menteri luar Britain telah merasmikan “Liga Ibrani” yang menimbulkan kemarahan orang palestin. Semua orang palestin telah mogok kerana wujudnya liga yahudi ini di palestin.

Syeikh Izzuddin Qassam (gambar) telah menyatakan hanya cara jihad sahaja untuk menyelesaikan masalah dengan yahudi dan orang british ini. Beliau telah menubuhkan “Harakah Jihad Islam” dgn slogan “Ini adalah jihad kemenangan atau syahid”

1929- Orang2 yahudi berani menyerang masjid al-Aqsa dan menguasai bahagian barat di dinding “buraq”. Mereka menyatakan bahawa dinding itu adalah mereka kerana ia kawasan suci bagi mereka.

Maka berlakulah pemberontakan di seluruh palestin yang menyaksikan 139 orang yahudi di bunuh. Orang british melawan semula dgn membunuh 116 orang arab. Orang kuat yg menggerakkan pemberontakan ini adalah Syeikh Amin Husaini.

1931- Persidangan Islam telah diadakan dibawah pimpinan Syeikh Amin Husaini. Diantara nama2 besar yang hadir adalah syeikh Rashid Redo dan Penyair India Muhammad Iqbal. Resolusi dari persidangan ini adalah dinding “buraq’ adalah hak orang2 Islam sahaja dan yahudi tidak berhak langsung.

1935- Syeikh Izzudin Qassam telah merancang dengan rapi untuk melakukan revolusi bersenjata bagi mengalahkan British dan yahudi di palestin. Namun oleh kerana sebab kesilapan salah satu anggotanya yg membunuh pegawai tentera Yahudi sebelum bermulanya revolusi menyebabkan penguasa british mengetahui perancangan ini. Akhirnya Syeikh Izzuddin Qassam gugur Syahid setelah mana beliau enggan menyerah diri.

1936- Mogok secara besar2an telah dilakukan selama enam bulan kerana menentang penghijrahan orang2 yahudi ke palestin. Syeikh Amin Husaini telah menyatukan kumpulan2 di palestin di bawah satu panji. Mereka telah menuntut 3 perkara:

1. Pemberhentian hijrah orang2 yahudi ke palestin.
2. Menegah pemindahan milik tanah orang arab kepada yahudi.
3. menubuhkan kerajaat palestin yang berdaulat.

Syeikh Farhan as-Sa’di teman rapat kepada syeikh Izzudin Qassam telah menghidupkan kembali pasukan tentera Izuddin Qassam (yg asal namanya harakah jihad Islam). Mereka telah berjaya membunuh 3 orang yahudi.

Akhirnya beliau mati dihukum gantung oleh pihak penguasa dalam keadaan puasa dan beliau berumur 80 tahun.

1937 – Pihak Panitia Diraja British telah mengumumkan pembahagian palestin kepada dua Negara.

Diadakan persidangan arab yg dihadiri 450 delegasi arab. Mereka telah sebulat suara menolak pembahgian palestin, menghentikan penghijrahan orang arab dan menolak penguasaan british kepada palestin. Namun resolusi ini tidak dipandang oleh pihak british.

Brieged Qassam sekali lagi mengiklan jihad. Mereka telah membunuh Jeneral Androz dan telah menggerakkan paluan jihad dibawah pimpinan Abdul Qadir Husaini(gambar).

1938- Pihak British telah menambah kekuatan tenteranya di palestin untuk menghadapi pemberontakan palestin yang semakin hebat. Orang Yahudi yang memulai mengebom penduduk awam di tengah pasar. Kemudian dibalas orang arab untuk membunuh orang yahudi.

Berlakulah pertempuran diantara tentera british dibantu oleh yahudi dan orang2 arab palestin. Lebih 10ribu orang yang terbunuh dan cedera dikalangan orang british. Begitu juga dengan orang yahudi. Orang Arab yg syahid lebih 12 ribu orang.

Kemudian tentera yahudi berjumlah 42,000 tentera, 20,000 polis, 18,000 pengawal dan 60,000 yahudi telah melakukan operasi pembersihan di palestin. Mereka telah menangkap 50,000 orang dan memusnahkan 5,000 rumah.

1939- Pemberontakan terus menyala sehingga ia tidak mampu dikawal oleh penguasa british. Akhirnya pihak british membatalkan projek membahagikan palestin kepada dua dan membatalkan perisytiharan balfour. Mereka mahu menubuhkan kerajaan palestin berdaulah dalam masa sepuluh tahun dibawah kepimpinan orang2 palestin.

Perkara ini ditentang hebat oleh orang-orang yahudi. Pihak british menerangkan kepada mereka bahwa ini cara untuk menenangkan pemberontakan orang arab palestin.

Pada ketika ini juga berlaku perperangan dunia ke dua diantara Jerman dan negara2 eropah. Lebih dari 25 juta orang yang mati.

1942- Parti republican dan demokratik di Amerika telah menyokong penuh kepada yahudi utk mewujudkan Negara di palestin. Amerika telah meminta kepada british supaya membatalkan perjanjian dengan orang arab untuk membatalkan pembahgian palestin kepada dua.

Oleh kerana Britain perlu kepada pertolongan amerika untuk menghadapi peperengan yang sengit , mereka telah membatalkan perjanjian mereka dengan orang arab dan membenarkan orang2 yahudi berhijrah ke palestin. Seramai 90 ribu orang yahudi yang berpindah ke palestin semasa peperangan tersebut.

Pada ketika ini orang2 yahudi merancang untuk menghalau british keluar dari palestin. Mereka telah membunuh pegawai british dan memusnahkan pejabat2 british. Seorang pemimpin yahudi ben gurion (gambar) telah menyatakan:

“Bumi mu wahai Israel adalah dari furat (Iraq) sehingga Nil (mesir).”

Dia telah meminta supaya pemuda2 yahudi di seluruh dunia untuk membantu mewujudkan Negara ini.

1944- Britain merasakan sudah habis kepentingan mereka di palestin dan yahudi sudah mampu untuk menubuhkan Negara mereka sendiri. Parti buruh di Britain telah mengeluarkan keputusan untuk menggalakkan orang2 palestin meninggalkan palestin dan memberi ganjaran berbentuk keewangan kepada yg berpindah.

Parti republican dan demokratik di amerika juga menyeru dalam pilihanraya untuk menyokong orang2 yahudi menubuhkan Negara mereka sendiri di palestin.

Pertama kali bendera Israel dinaikkan pada bulan 10. Pada bulan berikutnya menteri Britain lord morain telah dibunuh oleh yahudi semasa dia menziarahi kaherah. Ini untuk menambahkan tekanan kepada brtish untuk meninggalkan palestin.

1945- Berakhirnya peperangan dunia ke2 dgn kekalahan jerman.

Ben gurion telah berkumpul dgn pemimpin2 yahudi di amerika. Dia memperolehi janji dari mereka untk membeli senjata untk yahudi. Sejumlah besar wang amerika deserapkan kpd yahudi di palestin.

Presiden Amerika Troman telah meminta kepada perdana menteri british supaya membenarkan penghijrahan 100 ribu orang yahudi ke palestin. Permintaan ini diterima.

Pihak Britain telah menyatakan secara rasmi membatalkan perjanjian mereka dgn arab dan meneruskan perisytiharan balfour.

1947- Bangsa-bangsa bersatu telah mengeluarkan resolusinya bernombor 181 di new york iaitu pembahagian palestin kepada dua Negara. Ini disokong dua pertiga delegasi disamping sokongan yg kuat dari amerika dan rusia. Telah dilukis peta pembahagian yang mana yahudi mendapat 54 % dan orang arab mendapat 46 %. Peratus penduduk yahudi ketika itu adalah 32 % dan orang arab 68 %. Ketika itu orang2 palestin memiliki 93.5 % dari tanah palestin. Keputusan ini sangat2 menzalimi orang2 palestin

Berlakulah pertembungan diantara orang yahudi dan orang palestin dgn hebatnya. Orang2 yahudi di palestin mendapat sumbangan 250 juta dollar. Manakala arab palestin hanya mendapat bekalan 10,000 senapang dan 4000 sukarelawan.

1948- Britain telah menjual 20 pesawat tentera untuk membina pasukan tentera Israel. Amerika juga mengirimkan pesawat2 kepada org2 yahudi.

Dengan kekuatan peralatan tentera dari Britain, republic chezh, Amerika dan perancis, tentera yahudi menyerang menjajah qustul dan menghalau penduduknya. Syeikh Abdul Qadir Husaini dan pejuang2nya telah menentang sehingga telah membunuh 150 org yahudi dan beliau sendiri telah gugur syahid. Mereka telah berjaya membebaskan qustul sehari kemudian ditawan semula.

Orang Yahudi telah menyerang kampong dir yaseen berhampiran dgn qustul. Lebih 250 orang yang telah terkorban dalam peristiwa yg menyayat hati. Tentera yahudi telah menembak penduduk kampung tanpa belas kasihan. Malahan ditusuk dengan pisau tajam kepada wanita yang tidak berdosa. Ada yang dibelah dgn pisau dari kepala sehingga kaki.

Peristiwa ini menakutkan orang2 arab yang tinggal di tanah Israel. Daripada 800 ribu penduduk arab yang tinggal disitu, hanya tinggal 165 ribu. Selebihnya telah lari kerana ketakutan dgn kekejaman Israel.

Pada 16/5 telah diumumkan Negara Israel dibawah perdana menteri pertama David ben Gurion.

Tentera yahudi meneruskan penjajahan mereka dgn menghalau 200 ribu penduduk.Diantaranya mereka telah menjajah Haifa dan barat Quds.


Rujukan: Palestin at-Tarikh al-Musawwir oleh Dr Tariq Suwaidan

Tuesday, January 13, 2009

Jiwa baru.demi arus perdana.



Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia

Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal al-Quran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi

Kami sandang julukan generasi ghuraba’
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Allah
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah

Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Monday, January 12, 2009

Jihad.Antara darah dan ilmiah.

Sumber:
http://buyehantizionis.blogspot.com



Salam..
Bertemu lagi kita di sesi ilmiah ini...
Ana ada bawakan sedikit potongan ayat-ayat dari nukilan penulis blog seperti tertera di link atas.

Suara beliau agak lantang tapi logik.
Ana sokong pendapat beliau.

Kita perlu ada ketegasan sekarang.
Bukan masa main-main.

Untuk mereka yang masih belajar.
Gunakan peluang anda belajar, tak kira dalam dan luar negara..
Belajar betul-betul.
Jihad ada bermacam cara.
Satu-satunya, gunakan peluang belajar untuk tajamkan buah fikir kita.
kita lontarkan untuk syiar Islam kemudian...


Kerana...
Islam perlukan kita para pelajar untuk kembangkan ajaran Islam.


Selamat membaca.
Kali ini ana bawakan isi berkaitan boikot, jihad dan belajar.
Fikirkan........


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


......Sesunggunya pemboikotan tidak akan memberikan apa-apa kesan untuk memberhentikan kesombongan Israel sedikitpun. Dan ia juga tidak akan menghentikan pembunuhan Israel ke atas umat Islam sedikit pun. Tapi malangnya inilah hakikat pemikiran yang dimiliki oleh sebahagian daripada umat Islam saat ini, hanya boikot sahaja yang dapat mereka fikirkan.

Sebagai seorang Muslim kita perlu melihat dan menyedari bahawa produk buatan Amerika dan Yahudi bukanlah hanya dalam bentuk barangan fizikal semata-mata tetapi lebih jauh dari itu ialah ‘produk pemikiran’ yang saat ini jauh lebih banyak diambil oleh umat Islam. Produk seperti nation-state (negara bangsa), demokrasi, HAM, Pluralisme, Liberalisme dan yang seumpamanya adalah produk pemikiran kuffar Barat yang sehingga kini masih dipegang kukuh termasuklah oleh ulama Islam..........


..........Jika benar kita berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunah, maka apa yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam masa kini, apatah lagi para ulama, adalah dengan menggesa pemerintah yang ada agar mengambil penyelesaian Al-Quran terhadap apa yang berlaku. Dan penyelesaian Al-Quran di dalam masalah ini tidak lain kecuali dengan menggerakkan tentera untuk berjihad melawan Isreal yang sedang memerangi umat Islam. Inilah tindakan yang wajib diambil dalam keadaan sekarang. Firman Allah SWT,

”Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari Kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk” [TMQ at-Taubah (9):29].........


Kisah selanjutnya, sila buka link ini.

http://buyehantizionis.blogspot.com/

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nasheed for nasrallah...hizb Allah.

Friday, January 9, 2009

Demo: Mahasiswa dibenarkan.

Sumber:
http://kalamkalbu.wordpress.com/2009/01/08/kebenaran-untuk-berdemo/




Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

08/01/2009 3:50pm

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

Monday, January 5, 2009

2.07pm

1. AS tolak usul damai di Palestin.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm


2. Livni mengatakan mereka menyerang dan cuba mematahkan usaha-usaha para pemain "terror". Masalahnya siapa yang sebenarnya "terror" yang digelarkannya. Tidak sedarkah mereka yang sesungguhnya merekalah sebenarnya yang menjadi dalang "terror" BESAR. Memiliki senjata nuklear. Dikatakan IRAN yang membangunkan senjata nuklear, tapi bahkan mereka yang memilikinya. Dikatakan semalam, paramedik mendedahkan bahawa terdapat unsur uranium pada mayat-mayat yang dikumpul mereka. Livni dengan biadap mengatakan bahawa Iran dan Syria membantu. Tapi mereka pula dibantu oleh AS. Tiada siap berani menjatuhkan AS. Obama dan Bush dengan gah mengiyakan seruan Israel. Apa lagi yang boleh dilawankan.


3. Berita Live di Palestin:

http://www.presstv.ir/watch_live5_us.aspx


4. Amir Qatar menggesa Persidangan Tergempar Negara-negara Arab.


5. Jordan memberi kata dua untuk memeriksa kembali hubungan mereka dengan Israel.


6. Usaha Protes berterusan di seluruh dunia. Dunia bergema dengan laungan-laungan pemain keamanan.

Doa

Ya Allah ya rabbul alamin.

Kami memohon padaMu,
matikanlah usaha-usaha Israel.
Punahkan hati Livni.
Hilangkan tentera-tentera Israel yang jahannam.
Kuatkan hati dan iman pejuan-pejuang Islam.
Teguhkan jiwa rakyat-rakyat Palestin..
Sesungguhnya.
Hanya Engkau sajalah tempat untuk kami berlindung.
Kami mohon sesungguh-sungguh agar Livni, dan pemimpin2 Israel
yang menyerang Palestin, ditimpa kesusahan dan kegelapan hati.

A word of trumbling in our Islamic ummah

Sourced:
http://saifulislam.com/?p=4417



This following text had been quoted from above link mentioned.

A good paragraph of message.

Read and understand them.




.....What we should think and worry at the moment is about us. Ourselves! About our role, contribution and duty. If the only thing we can do now to help the Muslims in Palestine is to talk, then talk and don’t stop talking. Talk to every single person you meet and let them all know the truth. Educate your wife, your children, your neighbours and friends about Palestine. By Allah who by His word I stand on this mimbar, if you stop talking and ignore the issue, this will be the biggest crime committed against Muslims in Palestine. The least you can do is to talk about this. If talking is abandoned and the duty is ignored what else our Muslim brothers and sisters can hope from you? People around you need to know the truth. The mass medias are hiding all the facts, which people need to know. The Palestinians who are defending their life with empty hands are labelled as terrorist whilst the army who destroy everything day and night are begging for sympathy!.....

Sunday, January 4, 2009

Are we the human?

http://www.presstv.ir/watch_live5_us.aspx




First and for most.

I would like to share some opinion and expression with you thru my writing.

Please comment on my writing and correct me if I wrong.


Based from video linked attached above, I found some report saying that the Israeli army used the nuclear facilities. Some medical specialists work in humanitary in Gaza revealed that some of their patient were affected with uranium element in their body.

Number of casualties increased dramatically as the ceasefire has not been initiate by the moment.

From yesterday protest in Embankment to Kensington, London, to be more than 20000 people arrived and supported the protest. Including some musicians and actors. Started as at 1230pm until the evening, everyone there were enthusiastically involved in expressing their thought to world. With one message to send "Where is humanity" spreaded out all the way long of the protest. Free Palestine slogan can be heard too. Children, old men, young men and everyone who think the protest is the best way to support the work of humanitary in Gaza.

Despite of protest all over the world, some big power nation in the world refused to make the ceasefire alive at the moment. As we can see the weapon that the Israeli army used in the clash were tremendously affecting others. For those who watched the Iraqi's war last time, this war was akin in Palestine this time. One afraid that the white phosphorus bombing will be used again.

"Enough if enough", phrase used by the one of Israeli minister. To compromise that phrase, the war was ignited. Today, more than 200 people died as the result of the war. Can we as human being, watch our human friends in Gaza being treated like that, imagine if we were the one who caught in that war? What would we feel about? Think about that~

Saturday, January 3, 2009

Pasca kemusnahan di tanah Gaza. Video.











Sokongan kepada Tun Mahathir tentang Gaza

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at December 31, 2008 1:20 PM | Permalink | Previous Blog




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

The Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War is shocked and angered over the Israeli invasion of Gaza since Saturday 27 December 2008. Our hearts go to the people of Gaza in this time of great distress.

We call upon the international community to immediately act in concert to call upon Israel to stop the bombing of Gaza and the slaughter of innocent lives forthwith. We support the call by the United Nations for an immediate ceasefire and an end to all military operations to facilitate relief work and delivery of humanitarian aid to the people of Gaza.

The Foundation also calls upon the governments of the United States, Britain and other major powers to put necessary pressure on Tel Aviv to stop the inhuman slaughter of Palestinian men, women and children in Gaza with bombs and other weapons.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Chairman

Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Thank you Tun Mahathir.

For the reminder.

To support.

I wrote this posting as to say that I believed in your word, Tun, as a human, we need to express our feeling. To kill as many as been planned 6 months ago should not be counted as a gift and permitted. Credibility of humanity issues spreaded all over the world we live in, hunting, killing as a name of defensing their territory is not acceptable.

People can desribe anything to protect their right. But. To kill others is not the way to get the right on track.

Tentang Livni, Menteri Luar Israel

http://uk.youtube.com/watch?v=5hq_hn8MZJY&feature=channel

http://uk.youtube.com/watch?v=Mywcwdbv-mU&feature=channel

http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/7808005.stm





Salin dan buka.

Buka dan lihat kata-kata bakal pemimpin hebat Israel.




Apa pendapat anda sebagai seorang manusia terhadap keganasan di Gaza?

Apa perasaan anda apabila melihat kaum dilaknati Allah, Israel, menyerang Gaza hingga saat ini?

Anda masih merasa selesa dengan kehidupan seharian kita?

Kita lihat, genap 7 hari mereka, penduduk Palestin diserang, dibunuh, dihina, dikerat-kerat tanpa segan silu.

Mana hilangnya rasa kemanusiaan yang selama ini dilontarkan oleh barat, Amerika, negara-negara Eropah.

Patutkah mereka, Israel, masih lagi berbumbungkan sebagai salah sebuah negara Eropah?


Strategik yang disusun lebih dari 6 bulan lamanya, disimpulkan dengan serangan 7 hari,nah, masih belum diketahui hujungnya.

Beratus bom berat melebih 100 tan dilempar ke bumi Palestin, ranap.

Hancur lebur manusia.

Kaki tangan tersembur di sana sini.

Perut, darah, penuhi jalan.

Bangunan peroi umpama tanah bertebaran.

Lubang angkara bom semakin bercambah.



Wahai saudara seIslamku.

Jikalau kita masih ada iman dihati.

Wujudkanlah rasa benci pada Israel.

Sekiranya kita tiada kemampuan untuk berperang.

Cukuplah sekadar doa seikhlas mungkin.

Ya.

Kita tahu.

Ada dalang disebalik orang Palestin sendiri.

Tapi itu bukan alasan kita sesama umat Islam untuk berjuang sama.

Juang kita sama pada Allah.

Marilah berdoa.

Semoga Allah beri hidayah kepada kita.