|
Salam.
Wahai insan.
Mari muhasabah diri sambil mendengar sajak ini.
Rentetan dari coretan sebelum ini.
Sakaratulmaut
Dini hari itu
Seorang OB rebah dikamar mandi
Diserang lemah jantungnya yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di KL
Bersama isteri mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi
Alkohol
Dan banglonya di atas bukit
Puan muda menelefon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksin dibenamkan ke urat OB
Dan berombak - ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas - menghempas
Tujuh hari
Tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang
Dipembaringan
Dan seluruh dunia
Dan isinya berkumpul
Di dalam kepalanya
Bangloku
Mercedezku
Wangku di bank bumi
Saham - sahamku di syarikat - syarikat
Rumah - rumah sewaku
Pengarah - pengarahku
Kuda - kudaku dipadang rumput
Padang golfku
Anak - anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku
Nazak
Hempas - menghempas
Pulas - memulas
Dan
Pintal - memintal
Makan?
Geleng kepala
Minum?
Geleng kepala
Arak?
Geleng kepala
Isteri muda?
Geleng kepala
Mau ke padang kuda?
Geleng kepala
Mau ke Genting Highland?
Geleng kepala
Melancong ke Eropah?
Geleng kepala
Ke Makkah naik haji?
Geleng kepala
Apa yang kau mahu?
Oh tuhan~
Panjangkanlah umurku.
Panjang umur?
Berapa tahun kau mahu?
100 tahun?
Cukup?
Ia,
100 tahun
63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tak kenyang makan maksiat?
Belum bosan mengumpul dosa?
Kau mahu panjang umur lagi!
Sedetik lagi
Sakaratulmaut datang
Sedetik lagi
Izrail datang
Sedetik lagi Malaikatulmaut datang
Kau diambang sakaratulmaut
Kau nazak sekarang wahai OB
Aku makin tegang
Dan semakin sendat nafas didada
Kedinginan mulai memanjang dan merayap kaki
Perlahan - lahan menjalar ke seluruh jasad dan tubuhku
Aku dilambung
Resah
Gelisah
Keluh kesah
Keluhan
Dan rintihan
Panas
Dahaga
Haus
Panas
Air tujuh lautan mau diteguk
Sebesar tujuh dunia
Kelaparan merobek usus - usus
Syaitan - syaitan
Datang berbondong - bondong
Menginjak - injak aku
Menggundah aku
Mahu memurtadkan aku
Nenekku datang
Kau dahaga cucu
Kau lapar cucu
Mau air?
Ini bejana penuh air madu
Kalau cucu mahu masuk syurga
Minum air ini?
Ibu~
Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau wahai anak
Buangkanlah Islam
Matilah dalam agama yahudi
Ayah~
Kau datang ayah
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
"Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga", katanya
Ucaplah!
LailahaillAllah.
Tidak!
Tidak!
Tidak!
Ucaplah!
LailahaillAllah.
Tidak!
Tidak!
Tidak!
Rumahku!
Mercedezku!
Wangku dalam bank!
Saham - sahamku!
Kuda - kudaku!
Kolam mandiku!
Padang golfku!
Isteri - isteriku!
Dan duniaku!
Sakaratulmaut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan Mercedez
Dan
Memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi
Lidahku telah kelu
Dan sakaratulmaut kian detik tiba
Manusia - manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!
Manusia - manusia berjubah hijau datang
Membawa payung hijau
Katanya "Mari ikut kami".
Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang siratan hitam
Cahaya merah datang
Ucaplah!
LailahaillAllah.
Tidak!
Tidak!
Tidak!
Ucaplah!
LailahaillAllah.
Tidak!
Tidak!
Tidak!
Apa ini!
Apa ini!
Kedinginan menjalar
Merayap perlahan - lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini
Seluruh jasadku
Diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan
Kemudian
Datanglah Malaikatulmaut
Dihujung kepalaku
Hai JIWA yang keji!
Keluarlah dari kemurkaan Allah!
Rohku berselerak
Ke tubuhku
Lalu
Innalillahiwainnailaihirajiun!
Malaikat - malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan
Menghamburlah bau bangkai sebusuk - busuknya
Tuliskan!
Suratannya dalam Sij-jin pada bumi yang terbawah
Rohku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu
Datang dua orang Malaikat
Dan didudukinya aku
Siapa tuhanmu?
Aku tidak tahu!
Apa agamamu?
Aku tidak tahu!
Siapa lelaki ini yang diutuskan kepadamu?
Aku tidak tahu!
Datanglah kepadaku
Seorang lelaki
Yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya
Siapa engkau?
Akulah!
Amalanmu yang keji!
Kini
Aku diazab dan diseksa
Di dalam kubur
Menunggu
Menunggu doa
Anak yang soleh
Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Mana doa anakku seorang profesor?
MANA!
MANA!
MANA!
Nukilan dipetik dari sumber youtube.com dan esnips.
Hayatilah sajak ini.
Harap ia membantu.
Salah silap.
Saya dahului dengan mohon maaf.
Betulkan saya kalau salah.
peace.
Salam.
No comments:
Post a Comment